SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, April 04, 2010

PM LAWAT SEMUA FELDA DI NEGERI SELANGOR







Datuk Seri Najib Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.Lawatan itu yang padat dengan pelbagai program, menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Hulu Selangor yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.Dalam lawatan tersebut beliau telah singgah di kempat rancangan Felda yang berada di negeri Selangor.

Jadual padat PM dimulakan dengan menyertai rewang di majlis kenduri peneroka Felda Sg.Tengi Selatan sebelum beliau bergerak ke Felda Sg.Tengi untuk melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi tujuan menganjurkan bantuan dan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor tanpa mengira warna kulit .Beliau kemudiannya menghadiri perjumpaan bersama warga Felda di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi.Seterusnya merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di Felda Soeharto.Selepas itu, PM menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Zohor di Masjid Felda Gedangsa dan menziarahi seorang peneroka yang kebetulan meninggal dunia.

Pada jam 2.30 petang, PM bersama dalam majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Bangunan UMNO Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu.Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra (walkabout) di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.Tradisi "turun padang", yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.Ternyata PM dengan Gagasan 1Malaysia mula diterima rakyat tanpa mengira pelbagai agama dan kaum. Lawatan yang berakhir pada jam 6.30 petang itu telah disambut mesra oleh rakyat Hulu Selangor khasnya. Terima kasih PM!

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.