SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, May 17, 2013

Ulasan PRU13


Kita dah tahu keputusan PRU13 yang menyaksikan betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Walau siapa pun yang kita sokong, sudah tiba masanya untuk kita BERMUHASABAH DIRI. Berikut adalah antara analisa dan ulasan untuk PRU13 ni, harap mana2 penyokong BN atau PR dapat membaca dengan hati yang terbuka.

1. Seperti yang diramal sebelum ini, BN pasti akan menang lagi. Walau kita nampak trend di Internet lebih banyak memihak kepada PR, tapi ia sebenarnya tidak menggambarkan keseluruhan pengundi di Malaysia sebab tak semua golongan guna Internet, dan kalau ada pun tak semua gunakan Internet untuk mencari info berkaitan politik.


Kerusi Parlimen
PRU12 (2008)
140
23
28
31
82
PRU13 (2013)
133
21
38
30
89

2. Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dengan mendapat majoriti 2/3, begitu juga di Kelantan walaupun merosot sedikit. BN berjaya merampas semula Kedah dan mengekalkan Perak dengan majoriti mudah. Begitu juga di Terengganu dan Negeri Sembilan, manakala di negeri2 lain BN menang dengan majoriti 2/3.


Antara kejayaan BN merampas kembali Kedah juga dilihat mungkin kerana faktor "Mukhriz" yang merupakan anak kepada Tun Mahathir yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah. Mungkin kerana karisma bapanya yang boleh dilihat dalam diri Mukhriz Mahathir menjadi pengaruh utama pengundi Kedah untuk menyokongnya. Dan kalau dilihat laluan yang sedang dititi oleh Mukhriz, ia hampir serupa dengan DS Najib Razak di mana beliau yang juga merupakan anak kepada bekas perdana menteri, dilantik menjadi Timbalan Menteri Kabinet, kemudian Menteri Besar, kemudiannya Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri. 

NEGERIJUMLAH KERUSI
BN
PAS
PKR
DAP
STAR
JUMLAH

CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
1513
1
1




15
KEDAH
3621
9
4
2


36
KELANTAN
4512
32
1




45
TERENGGANU
3217
14
1




32
PULAU PINANG
4010
1
10
19


40
PERAK
5931
5
5
18


59
PAHANG
4230
3
2
7


42
SELANGOR
5612
15
14
15


56
NEGERI SEMBILAN
3622


3
11


36
MELAKA
2821
1


6


28
JOHOR
5638
4
1
13


56
SABAH
6048


7
4
1
60
JUMLAH505275
85
49
95
1
505
CLN
- Calon Yang Menang
MTB
- Menang tanpa bertanding


3. Sewaktu diumumkan keputusan PRU13, bila banyak kerusi Pakatan Rakyat berpihak kepada DAP manakala PAS dilihat terlalu sedikit, tiba2 ramai rakan2 Melayu yang pro-PR yang sebelum ini begitu semangat berkempen mula diam dan menjadi risau kerana kerusi DAP paling banyak dalam PR. Ada yang seakan2 menyesal kerana disangkanya kerusi PAS atau PKR akan lebih banyak daripada DAP. Ada juga yang berkata "Kalau aku tahu kerusi DAP lebih banyak dari PAS, baik aku undi BN je". Namun inilah harga demokrasi yang perlu dibayar, dan daripada itu kita boleh lihat di kalangan penyokong PR sendiri masih wujud perasaan sangsi dan kurang kepercayaan di antara satu sama lain terutama di kalangan penyokong PAS dan DAP, menunjukkan bahawa gabungan ketiga2 parti itu masih belum begitu kukuh dan masih ada ketakutan di kalangan penyokong PR. 



4. Keputusan PRU ini kita boleh lihat kaum Cina sudah menolak BN secara total dengan kawasan majoriti kaum Cina dimenangi DAP. Walaupun di dalam BN terdapat parti MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7. Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11

PEMBERITAHUAN

KaFelda memohon maaf kepada pembaca blog ini di atas kesulitan yang berlaku dalam beberapa minggu yang lalu. Blog ini telah diserang oleh virus dan kini telah pulih seperti sedia kala. Sekian terima kasih.

Dan jutaan terima kasih buat pembaca blog KaFelda selama ini.

Thursday, April 11, 2013

Election promises: Who copied whom?


Have you heard this story before? At the launch of a new book, a visitor jumped up and down, screaming: “This is plagiarism. I have read every word in this book before.” When he was asked ‘Where?’ he replied with a chuckle: “In the dictionary”.

I was reminded of this joke when I read in the newspapers about Pakatan Rakyat’s allegation that Barisan Nasional had‘plagiarised’ its manifesto. PKR vice-president Nurul Izzah Anwar claimed that parts of the Barisanmanifesto were ‘lifted’ from the Pakatan manifesto.

I have read the Barisan manifesto and I have re-read the Pakatan manifesto. I find instead that the reverse is true. Every policy in the Pakatan manifesto is a rehash of Alliance/Barisan policies which have been in existence since Malayan/Malaysian independence.

No, this is not an exaggeration. All of its overarching policy statements, ranging from eliminating discrimination to promoting culture to better education to job opportunities, have been the guiding principles of the ruling party these past 55 years.

There is not a single policy guideline that is new in the Pakatan document. As a specific policy, Nurulsingled out the ‘reduction of car prices’ as her example of BN piracy. Let’s look at this claim closely.

The BN Government had introduced the National Automotive Policy in 2006 with the following as one of its aims: “To safeguard the interests of consumers in terms of value for money, safety and quality of products and services”.

Inherent in this clause is the promise to not only review car prices but more importantly, to look into the whole question of making the total cost of transportation more affordable for all Malaysians.

If reducing the price of cars is to make them more affordable, one must remember that the national car project was launched almost 30 years ago, making car ownership affordable to a larger section of the Malaysian population than before.

Pakatan proposes to ‘restructure the automotive policy’. The Automotive Policy is a dynamic instrument which has already been restructured over the last seven years. So, who is copying whom?

Another Pakatan proposal, to abolish tolls, is also not new. The BN government had in the past abolished tolls in selected areas and will continue to review toll collection on the expiry of toll concession periods. The Pakatan manifesto does not promise to abolish tolls immediately.

Its stated policy is to ‘gradually’ abolish tolls. The word‘gradually’ is not defined, and it could take 10, 15 or 20 years. It must also be remembered that collecting tolls is not anathema to Pakatan. In Penang, the State Government is proposing toll collection in its proposed undersea tunnel project. Again, who is copying from whom?

Yet another Pakatan proposal is to abolish monopolies. But isn’t this the same purpose for which the Competition Act 2010 was introduced by the ruling government? So again, who is copying from whom?
Other copycat policies of Pakatan include the following:
• Building affordable houses for all.
• Basic health access
• Social safety network
• One million new jobs
• Minimum wage

These issues have always been the cornerstone of BN government’s policy thrusts.
So, once again, who is copying whom?

Saturday, February 23, 2013

Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan


Oleh: Biswardi
Sumber: BB

PAKATAN RAKYAT masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.


Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.

Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.

Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.

Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.

Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.