SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Wednesday, March 10, 2010

MAZLAN ALIMAN : PUBLISITI MURAHAN

Presiden persatuan haram (tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman telah dihadapkan ke Mahkamah Majisret Raub atas tuduhan melakukan pencerobohan jenayah pada 9hb. Mac 2010. Perjuangan ANAK hanyalah untuk memecah belahkan masyarakat Felda yang mana beliau pernah menulis buku : Felda Dulu Tolong, Kini Along. Dan perjuangan ANAK juga adalah untuk meraih sokongan kepada beliau sendiri.

Dalam PRU-12 yang lepas, mengapa beliau tidak bertanding di Negeri Johor dan kawasan sendiri? Ini adalah kerana tembelang dan perangai beliau yang sebenar telah diketahui ramai. KAFELDA tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang telah beliau lakukan tetapi untuk maklumat lanjut bertanyalah kepada peneroka tempat kelahiran Mazlan Aliman ini.

KEPUTUSAN DALAM PRU-12
Nama : Mazlan Aliman
Umur : 42 Tahun
Kerjaya : Berniaga
Jawatan Dalam Parti : AJK PAS Pusat

Jumlah Pengundi: 42,993
Peratusan Kaum: M: 60.67% C:33.88% I: 4.28% B/Sab: % B/Swk: % L: 1.17%
1. Mazlan bin Aliman (Pas)
2. Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN)
Penyandang: Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN) (Majoriti: 4,982 undi)

17 comments:

  1. Sdr ini sangat kuat bohongnya, Anak adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar, Mazlan Aliman, kerjayanya adalah sebagai peguam dan kerjaya sdr adalah sebagai pengampu felda, sangat jauh bezanya.

    ReplyDelete
  2. sila ke link ini http://reformismuda.blogspot.com/2010/03/mengapa-felda-takut-dengan-mazlan.html bukan ingin mencipta permusuhan, harap kita kritikan yang membina dan perkongsian idea yang matang..

    ReplyDelete
  3. “Saman malu boleh dkenakan. Ada asas yang kuat untuk berbuat demikian kerana tuduhan terhadap Mazlan menceroboh masuk kawasan Felda tidak tepat. Menceroboh mesti dijelaskan dengan maksud berlakunya unsur jenayah tetapi ia tidak berlaku dalam kes ini.

    ”Sebagai orang yang mempunyai nama besar dan telah dimalukan, Mazlan ada asas untuk membuat saman malu,” katanya.(kata Peguam Mohd. Harris Abdullah 11/3/2010-harakahdaily.net)

    ReplyDelete
  4. Mazlan Aliman hanya membawa agenda PAS untuk memecahbelahkan keharmonian warga FELDA, kalau FELDA menipu rakyat/peneroka, mengapa ladang ibunya sendiri tidak mampu diuruskan sendiri.... Kenapa mula-mula peneroka datang ke tanah rancangan FELDA tiada seorang pun dari puak-puak PAS datang memberitahu supaya jangan masuk FELDA kerana peneroka akan kena tipu.... bila peneroka mula mengecap kesenangan berduyun-duyun dtang siang malam menuduh FELDA menipu..... bodoh sangatlah kalau dah tahu diri ditipu, tapi masih duduk dalam FELDA, BALIKLAH ke tempat atau negeri asal...lebih-lebih lagi yg datang merempat dari Kelantan ke Pahang.....

    Komen-komen diatas adalah dari manusia yg tidakpernah bersyukur dan diajar berterima kasih...entah-entah dtg berhijrah ke FELDA pun kerana dikampung tiada tanah....

    Mazlan Aliman bertandinglah kat Johor kalau rasa diri benar2 berpengaruh..... buat apa datang kacau di Pahang.....

    ReplyDelete
  5. Manifestasi Mazlan
    Sumber: http://musliminmukhlisin.blogspot.com/

    Bertuah rasanya apabila pada 15 Mac yang lalu, PAS Kawasan Lahad Datu dikunjungi oleh Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau yang dalam rangka lawatan kerja rasmi bersama rombongan seramai lapan orang terdiri daripada ahli Lajnah Pembangunan Tanah, untuk meninjau permasalahan di Negeri Bawah Bayu ini.

    Selaku Pengerusi ANAK, yang memeperjuangkan hak para peneroka, beliau sering mendapat tentangan daripada kerajaan. Klimaksnya terbukti melalui penahanan reman beliau dua hari sebelum berlepas ke Sabah.

    Mujurlah nusrah Allah tiba tatkala pucuk dicita, ulam mendatang. Beliau dibebaskan tanpa syarat. Dalam perjumpaan beliau bersama masyarakata Lahad Datu, beliau mendedahkan berkaitan kepincangan pengurusan tanah oleh kerajaan termasuklah isu Felda.

    Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

    Menurut beliau, walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa apabila para peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

    Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja di ladang seperti dahulu. Mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM 90,000.

    Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindas semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

    PAS Kawasan LD menyokong perjuangan ANAK. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini. Semoga Saudara Mazlan terus istiqamah memperjuangkan hak ANAK yang semakin diratah tanpa betah.

    ReplyDelete
  6. kalau dah tak nak dok felda klua je la... bagi kami ganti bapak kamu dlam felda... kami mahu jadi warga felda

    ReplyDelete
  7. Orang Felda sudah selesa dicucuk hidung oleh KERAjaan. Mazlan Aliman jangan berlagak hero cuba membebaskan hidung Orang Felda!

    ReplyDelete
  8. saudara yg memberi komen pertama, sejak bila la mazlan jadi peguam ni saudara? kat u mana dia belajar dulu? spm pun cukup makan je, ni kan pula jadi peguam..kelakar laaa..

    ReplyDelete
  9. PESAN UNTUK PENEROKA
    BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI
    HUTANG DIBAYAR HINGGA SELESAI-PERLU DIJAGA JANGAN TERGADAI


    http://apofelda.blogspot.com
    apofelda@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. x pyh nk kluarkn isu felda x bg tanam sendiri, pastu bg pinjaman,yg sebenarnya spesis2 pembangkang laa yg selalunya buat pijaman rumah lepas tu x bayor,lepas tu bg FELDA tanam semula pas tu amik rampas,tanpa menjelaskan hutang yg sepatutnya...lepas tu Pukul canang satu kampung FELDA penipu,klu yg percaya apa yg mazlan alimin ckp tu,itu lah klu saudara,saudari smua nk tahu spesis yg merampas ladang,dan lari dr membayar pijaman felda,ADAKAH FELDA MENYAMAN ATAU BERTINDAK SEPERTI ALONG YG MANA PENEROKA YG MERAMPAS LADANG DAN PENEROKA YG LARI DR MEMBAYAR PINJAMAN PERUMAHAN....ADA OTAK PIKIR SNDRI

    ReplyDelete
  11. Org2 PAS ni memang X sedar diri dan syukur dgn apa yg dia dapt.Lupa ke dulu hidup merempat menumpang ditanah2 haram.Skrg bila dah dibantu banyak pula songeh nak menyalahkan org dan berlagak pandai.Biarlah FELDA urus dan awak ambil hasil shj.Betul kata kawan kita tu klu tak senang keluar shj dr FELDA biar org lain yg susah ambil tanah itu.Porrah Melayu mudah lupa....

    ReplyDelete
  12. Saya anak FELDA.. baru2 nie pokok getah telah ditebang... semua peneroka dapat RM 32 ribu ++.. tapi jiran seberang jalan pun peneroka palong yang berbeza, yg baru jugak kene tebang pokok dngan kontraktor yg sama dapat RM 40ribi++.. kenapa haraga boleh berbeza?

    Semua peneroka x puas hati... sampai ader yg guna nama Imam sebagai saksi walhal imam sebenarnya tak dimaklumkan semasa pemilihan kontraktor dan bayaran sebenar...

    Ada peneroka yg berkeras dan berdegil untuk terus memotong getah.. pihak kontraktor bising sebab aktiviti penebangan pokok x dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang.. sehingga pihak kontraktor beri tahu.. nak apa lagi peneroka nie? duit kayu getah dah beri RM38 ribu ++...kenapa peneroka dapat sikit jer yerk?

    Lepas tu, siapa yg tanam semula bawah FELDA akan diuruskan semua.. nak tunggu FELDA uruskan... nampaknya tanam hutan laa... saya adik beradik bersama ibu saya lah yg tiap2 bulan bergilir uruskan kebun... Alhamdulillah, kebun kami menjadi contoh dan dipuji oleh pegawai pengurus FELDA... tapi mana upah burohnya?kata nak bagi kalau uruskan sendiri...

    Sekarang pokok ladang kami dah tinggi dah.. baru minggu lepas pengurus FELDA sekali lagi datang bersama wartawan sinar... tapi.. baru dimaklumkan, semua pokok yg ditanam bukan semua sama gred pokok yg banyak getah... yg atas bukit jenis yg x banyak getah.. yg jenis bagus sebahagian sahaja? adakah harga benih getah semua sama? nanti cas kat peneroka benih pokok semua yg 1st slass dan mahal.... peneroka jugak yg kene tipu...

    Jiran sebelah rumah saya sampai sekrang belum tanam2 lagi benih getah? sara hidup dah dapat bulan2.. kesian nanti kebun saya dah boleh keluar hasil.. kebun jiran saya baru besar batang pinang...

    NaMPAKNYA.. sampai bila2 la peneroka akan menjadi penghutang... kesian.. patutnya umur dah lanjut nak mengadap Ilahi, tiada lagi hutang yang tertunggak... takut tersekat di pintu syurga....

    Yang paling sedih.. saya belajar di timur tengah peringkat ijazah pun x diberi bantuan dari FELDA.. arwah bapa mohon bantuan.. tapi x dapat... agaknya FELDA x minat nak bantu anak FELDA yg belajar Agama Islam kott... tapi x mengapa.. FELDA x bantu pun.. arwah bapa saya boleh tanggung sampai saya berjaya dan dapat B.A Hons... terima kasih bapa.. moga rohmu dicucuri rahmat Allah... alfatihah..

    ReplyDelete
  13. salam bagi kawan lah.manusia memang pelupa.tapi itu bukan alasan nak langgar perintah tuhan.yang mudah lupa macm dr m cakap tu saya rasa yang cakap orng lain mudah lupa sebab dia ingat dia yang terbaik n nak jaga perut dia.melayu yang mudah lupa adalah yang selalu diberikan nikmat tapi tak bersyukur pada ALLAH bukan pas ke pembangkang je.tapi yang selalu disogokan dengan kesenangan oleh org yang berkepentingan pada KUASA.Sebab tu DR M ingatkan.jangan lupa sebagai makhluk yang ada PENCIPTANYA.bagi org felda jangan mudah lupa dengan ganjanran yang diberikan.kaji selidik dulu darimana iyanya datang.tak mudah orng nak beri lagi ada kepentingan duit2 tersebut.dah macam skim pak man telo lak lum bisnes dah beri untung dulu nak tarik org.jaga2 sebelum tekena.jangan sampai macam pak kaduk menang sorak kg tergadai akibat bijak org manipulasi keadaan.besorak dpt 15k ilang untung juta2.jadi tenguk dan renung2kan jangan tgk pada untung saje skrng tgk gak masa depan.moga warga felda dapat keberkatan kerana bebudi kepada tanah milik ALLAH jua.

    ReplyDelete
  14. Sy ni generasi ke3 felda. Umur dah 31. Pd pandangan sy, klu xberhutang, xkan berjaya nk dptkan sesuatu. Sama jgk dgn pengurusan ldg. Serah pd felda techno buat, xpyh pening kepala. Kos, pendapatan, dan pinjaman semuanya direkodkan. Setiap 3 bulan, dpt penyata untung rugi ldg dr ketua blok. Penyata dpt dr pjbt. Tgk kos dlm tu, semuanya munasabah. Sbb apa munasabah, sbbnya:
    1) kos semua dikontrakkan. Ajk tanam semula pasti tau sbb mereka terlibat skali.
    2) kos baja dikenakan bila baja dah sampai ke ladang. Selagi xtabur, kos xdikenakan.
    3) pinjaman direkodkan. Mmg kita xkan sedar dah brp byk felda dahulukan.
    Klu xnak hutang byk, xyah ambik sara hidup @ pendahuluan hasil. Xpun xyah ambik lebihan hasil sbb duit lebihan hasil tu yg akan kurangkan lg hutang. Tp klu xambik peneroka nk mkn apa plak nnt kan...
    Klu ladang nk bagus, kena ambik tau. Ini dah serah pd techno, senyap dan serah bulat2. Diorg tu 7 org jer kat pjbt, nk jg 150 ldg peneroka. Xpun asik harap kat ketua blok..
    Lgpun, selagi bk (byran kembali) tinggi, felda xkan kutip hutangnya.. Diorg pun tau keupayaan peneroka.
    Sama2 lah pikir.. Felda ni bukan parti politik. Selagi kerajaan dipegang umno, maknanya diorg lah yg jg. Esok2 klu keadilan yg pegang, sama jugak jln ceritanya.. Renung2 lah..

    ReplyDelete
  15. manusia itu tidak sempurna.ada kecacatannya.Yang patut dipuja hanya Allah.Bersyukur kepada Allah bkn pada manusia kerana setiap yang berlaku adalah kehendaknya.sama-sama kita elakkan dari jadi manusia yang sombong di sisi Allah.FELDA adalah satu organisasi yang mentadbir hala tuju pelan kerajaan disamping mengukuhkan ekonomi warganya.namun kekadang mungkin ada kekhilafan disebalik tujuan.tapi apa yang pasti haruslah mendengar pandangan dari pihak lain dan membetulkan kekhilafan tersebut. buangkan rasa ego sesama kita supaya kejayaan didahulukan.tidak salah pada saya ANAK berada dalam warga kita kerana biar mereka menjadi duri dalam daging yang melukai badan tetapi penawar kepada penyakit barah yang dalam diam menyerang setiap anggota badan.manusia memerlukan guide...Al-Quran.

    ReplyDelete
  16. mazlan aliman...teruskan perjuangan bebaskan warga Felda dr penipuan dan kezaliman tgn2 jahanam yang nk menjahanamkan generasi2 felda...takbiiirrrrrrrrrrrrrrrrr =)

    ReplyDelete
  17. Si Mazlan Aliman dikata sebagai pejuang masyarakat Felda? Sape dia tu yang berjuang untuk peneroka. si Mazlan ni pejuang PAS la... Jangan lah bongok sangat. Suroh dia buat edaran nama anak peneroka yang menjadi ahli Anak. Banyak cakap, tapi mengong. Ada pulak budak sekor tu kata Si Mazlan ni peguam. Bingai budak tu.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.