SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 02, 2009

PROGRAM-PROGRAM DI FELDA SG. TENGI SELATAN

Pada 24hb. Jun 2009 telah diadakan bacaan Yasin dan Tahlil di rumah En. Mat Som (Ketua Peneroka Felda Sg. Tengi Selatan) dan Puan Aishah (Ketua GPW Wilayah Trolak) selepas solat Isyak. Seramai 140 orang warga Felda Sg. Tengi Selatan yang hadir ke majlis tersebut di samping belia Felda Sg. Tengi yang hadir sama.

Selepas program tersebut diadakan perbincangan ringkas antara Pengurus Rancangan Felda Sg. Tengi Selatan, Pegawai Seranta, Ketua Peneroka, Ketua GPW, Imam dan Bilal Masjid, Ketua Belia Felda Sg. Tengi Selatan, Setiausaha Belia SG. Tengi dan beberapa orang peneroka dalam memantapkan lagi ikatan ukhuwah antara warga peneroka dan merancang beberapa program khasnya bagi golongan belia.





Pada hari Rabu, 1hb. Julai 2009. YB Dato' Hj. Mohamed Idris ABu Bakar, ADUN Hulu Bernam telah mengadakan program Jalinan Kasih di rumah En. Mustafa Kamal Omar, Kg. Damai, Felda Sg. Tengi. Antara program yang diadakan ialah minum pagi, penyampaian sumbangan dan perbincangan mengenai isu-isu setempat dan semasa.


1 comment:

  1. mana gambar En Mat Som sekeluarga? hehe..Cikgu Ros( isteri En Mat Som) tu cikgu tadika saya dulu..hehe

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.