SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, October 27, 2011

Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings


Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri.
Walaupun telah diumumkan bahawa ‘durian runtuh’ akan datang sebagai hadiah penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings kepada 112,000 warga FELDA dan ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun ada usaha tertentu untuk mengagalkan gerak-kerja korporat ini.
Penentangan keras penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings ini dipercayai datang dari segelintir yang berkepentingan. Ini kerana selepas penyenaraian IPO ini, semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA akan terangkum dibawah  struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini bermakna, perjalanan keseluruhan keluarga FGVH akan tertakluk kepada urus tadbir korporat (corporate governance) yang ketat.
Jawatan kuasa tertentu akan diujudkan secara mandatori, termasuk JK audit dan imbuhan/pengajian.
Antara isu yang akan timbul ialah Lembaga Pengarah (BOD) syarikat syarikat dibawah KPF, akan akan diserapkan sebagai anak syarikat FGVH pra-penyenaraian IPO. Ada personaliti tertentu yang menduduki berpuluh BOD dan beroleh keuntungan peribadi yang lumayan dan berada dalam kedudukan amat selesa.
Seorang pengarah ‘Z’, menduduki 30 BOD syarikat berbeza dan menerima habuan sebanyak RM 597,000 sebagai yuran pengarah (directors fee) disamping elauns mesyuarat sejumlah RM 75,000 setahun. Seorang lagi ‘S’ dibayar RM 546,000 dan elaun mesyuarat RM 75,000 setahun. Seorang pengarah lain ‘A’ menerima RM 245,000 setahun sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat RM 88,000 setahun.
Seorang pengarah ‘Y’ menerima RM 700,000 sebagai yuran pengarah dan elaun mesyuarat yang ditaksirkan sejumlah RM 120,000 setahun.
Semua ini tidak termasuk faedah faedah yang datang sebagai ahli lembaga pengarah syarikat seperti elauns rumah, elauns keraian, elauns motorkar, bil perjalanan yang ditanggung sepenuhnya (termasuk keluar negara), bil keraian dan juga perbelanjaan lain (akaun perbelanjaan) yang dibayar. Ada yang mendapat pengawal keselamatan dirumah, yang dibayar oleh syarikat.
Jelas, ini semua adalah kos yanggungan syarikat dan sekiranya kos ini tetap dibelanjakan tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah sedangkan perbelanjaan ini adalah sama nilai sekiranya ianya dibelanjakan kepada ahli BOD sepuluh kali ganda lebih besar. Namun nilai dan khidmat professionalism untuk urus tadbir dan peranan strategik sesebuah syarikat adalah lebih bermutu sekiranya individu tertentu itu menduduki hanya tiga BOD berbanding dengan 30 BOD berasingan.
Selepas penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings, peraturan sebagai syarikat awam tersenerai tidak akan membenarkan urus tadbir bertimpa (30 BOD) ini berlaku. Mereka yang akan dan boleh dilantik sebagai BOD kepada lebih 100 buah anak syarikat bawah FELDA Global Ventures Holdings termasuk professional dikalangan orang Melayu yang tidak terlibat langsung dalam FELDA sebelum ini, samada sebagai warga FELDA Holdings Bhd atau FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.
Sistem dan kawalan urus tadbir yang lebih kemas dan ketat boleh mula diterap dan laksanakan sejajar dengan penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings. Sistem yang lebih telus termasuk pengagihan kontrak dan lantikan kontraktor akan datang, sejajar dengan kehendak dan persepsi sebagai syarikat awam tersenarai. Ini kerana sebelum ini banyak kontrak FELDA telah diberikan kepada anak anak syarikat dibawah KPF dan cara pengagihan kontrak ini termasuk kerja tanah bagi program penanaman semula pokok dikatakan tidak telus dan memihak kepada personaliti tertentu.
Bagi program CSR FELDA sebagai agensi, FELDA Global Ventures Holdings memberikan jaminan bahawa jumlah RM 1 billion akan diperuntukan setiap tahun. Ini termasuk meningkat infrastruktur dan program pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan semua gugusan FELDA seluruh negara.

CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. Cristoph Zilian
Penyeneraian IPO akan memberikan lebih ruang bagi FELDA Global Ventures Holdings untuk menimbangkan kedudukan mereka yang tersedia berkhidmat dalam mana mana syarikat Kumpulan FELDA sediada. Ini juga peluang untuk mengukuhkan usaha untuk menengahkan bakat dan kepakaran dikalangan professional Melayu. Kedudukan personaliti seperti seorang mantan Naib Presiden sebuah syarikat Telco di Singapuradan bebangsa Jerman Cristoph Zilian yang dilantik  sebagai CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. tidak melambangkan keyakinan bahawa professional dikalangan orang Melayu mampu mengalas tugas sebagai CEO sebuah syarikat perkhidmatan ICT.
Sebagai syarikat berasaskan perladangan kelapa sawit yang disenaraikan, FELDA Global Ventures Holdings akan berpeluang untuk menonjolkan kemampuan professional dikalangan orang Melayu yang mampu untuk mengurus syarikat MNC. Penjajaran syarikat syarikat dinegara asing termasuk ladang ladang di benua lain adalah peluang untuk professional Melayu yang dibawa masuk kedalam FGVH diberikan pendedahan dan pengalaman dipersada antarabangsa.
FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi sebuah MNC pilihan bagi graduan Melayu untuk menimba pengalaman dan pendedahan sebuah MNC bertaraf global, sama seperti pilihan MNC luar negara sebelum ini.
Jelas penyeneraian FELDA Global Ventures Holdings bukan sahaja meningkatkan keududukan kommersial Kumpulan FELDA, membebas kuncikan (unlocking) nilai sebenar dan menjamin kesejahteraan perniagaan dengan urus tadbir korporat yang lebih baik, malah ianya akan menjadi pemangkin transformasi. Kedudukan sosio ekonomi asyarakat FELDA sejumlah 1.2 juta akan ditingkatkan secara strategik.
FELDA yang diujudkan bawah perhatian dan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh ayahanda PM Najib akan ditingkatkan perlaksanaanya dan FELDA Global Ventures Holdings akan menjadi agen tranformasi agar Wawsan 2020 itu menjadi realiti dengan menjaga kepentingan orang Melayu secara strategik dan menyeluruh

83 comments:

  1. Ok, lepas tu saham-saham Felda Global Ventures yang disenarai di bursa saham boleh dibeli oleh pelabur-pelabur luar yang tiada kena mengena dengan peneroka Felda. Sama macam syarikat MAS, BERNAS dll yang diswastakan. Keuntungan yang sepatutnya menjadi milik Felda dan peneroka 100% terpaksa diagihkan juga kepada para pemodal kapitalis ini. Dijamin dalam masa beberapa tahun selepas itu, dengan gaya kepimpinan yang dipenuhi penyelewengan dan korupsi, Felda akan ditelan oleh golongan pelabur asing. Lagi aset orang Melayu yang akan terjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol pe yg d katakan saudara 2....saya juga ada terpikir tentang perkara tersebut...so apakah pelan tindakan kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut..adakah kerajaan akan mengenakan sekatan-sekatan tertentu atau langkah yang sesuai untuk mengatasi perkara tersebut..

      Delete
    2. Salam. Felda and fahc (anak syarikat felda) akan memegang 40% dari FGVH. Kerajaan juga ada golden share untuk memastikan bahawa fgvh tidak terpesong dari halatuju sebenar dan menjaga kepentingan peneroka Felda.

      Delete
    3. bro..citer saham mmg lah mcm tu..
      kalau nak niaga runcit pn kalau x de duit nak mula pasti minta suntikan modal dari sesiapa yg berminat melabur..nk harapkn pinjaman bank interest tinggi..
      cara paling mudah dptkan suntikan..lepas tu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuaan..
      niaga runcit simple pn ada untung rugi..pastikan pengurusan yg betul dapat meminimumkan kerugian dan maskimumkan keuntungan
      FGVH dah kaji mendalam tentang hal ni..takkan kerajaan nak risiko nasib Felda yg bkn sahaja merupakan pndapatan peneroka..tapi juga pendapatan utama Negara..untung Felda untunglah Malaysia..

      Delete
    4. Nampaknya komen setempat mengenai dan membuat kekeliruan bertambah kusut dalam kotak pemikiran sendiri. Bila ada rancangan dan cadangan untuk memajukan kaum Melayu (mundur) halangan pertama dari Melayu juga itu tak betul ini silap itu untungkan orang luar, orang Melayu semua akan merempat. Sadarilah, komen tak masuk akal itu merupakan satu doa, ingat sebagai orang Melayu Islam nawaitu itu sebahagian niat jika mahu gagal maka gagallah, jika mahu berjaya dan tidak ada cita dan niat menggagalkan maka berjayalah. Kita sama imbau kembali FGVHB ini telah dikaji sejak sekian lama untung dan risikonya. Jadi hari ini PM Dato Seri Mohd Najib merupakan anak pengasas kepada peneroka taklah nak menjahanamkan bangsa dan tanah air sendiri. Ayuh mari kita sama2 berdoa dan bernujat kepada Allah SWT semuga penyenarai FGVH pada 28 JUN 12 ketahap yang sangat baik atau sehingga RM20.00 - RM50.00. Bila ditahap itu barulah kita menyesal, kerana tak mengambil kesempatan dengan keputusan itu. JazakAllah Khiaran Kasiran...

      Delete
    5. memajukan melayu tiada masalah tetapi takut melayu ditipu itu yang bermasalah. Kebanyakkan isu peneroka ni mereka di tipu. Dari Felda LB johnson, Felda Sungai Buaya sehinggalah felda Cahaya Baru. Semua isu ditipu bukan menolong melayu. Macam mana nak percaya. bukan sekali tapi banyak kali. Macam mana tu. Melayu mudah lupa ke?

      Delete
    6. nak tanyer datuk najib,orang melayu ader buat asb loan di maybank,adakah dividen meningkat setelah penyenaraian fgvh nie...

      Delete
  2. ADAKAH KOMEN SPT ULASAN 1 DIATAS BENAR AKAN TERJADI?...SILA BERI PENJELASAN YANG TERANG SUPAYA KAMI DAPAT MEMAHAMINYA DENGAN JELAS DAN TIDAK KELIRU SERTA TIDAK BERFIKIRAN NEGITIF KEATAS
    USAHA PENYENARAIAN IPO FELDA GLOBAL VENTURE HOLDINGS DIMASA AKAN DATANG.KAMI SEBAGAI PEMEGANG SAHAM KPF HANYA MENGHARAPKAN PULANGAN YANG TERBAIK SAHAJA BAGI MENJANA EKONOMI KAMI DIMASA AKAN DATANG BAGI MENGHADAPI ALAM PERSARAAN.TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  3. Kepada anon 7.06PM..

    Usaha untuk mendapatkan maklumat bukan sukar, anda boleh sahaja melawat blog2 dan laman web yang berbahas dalam Isu ini. Anda juga boleh melawati pejabat Felda untuk mendapatkan keterangan lanjut dan melawat juga NGO seperti anak untuk mendapatkan pandangan kedua. Buat comparison dan setelah itu buat keputusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok berbincang dgn pihak yg ada authoriti sbb sy belum junpa perbincangan yg rasional di internet. Yg ada hanya tuduhan tanpa mengetahui isu sebenar. Mungkin tuan boleh bantu?

      Delete
  4. SEJAK BILA PENGURUSAN FELDA DAN PEMIMPIN MELAYU MEJADIKAN MELAYU DI FELDA INI MENJADI SEKUMPULAN MASYARAKAT YANG BERJAYA DAN HEBAT? TIADA!!

    Lihat sahaja di mana2 gugusan Felda Masyarakat Melayu masih lagi belum berupaya untuk bersaing dengan masyarakat bukan melayu seperti dibandar2 besar dari segi kewangan dan aset. Kesilapan adalah dikedua2 belah pihak samada pemimpin melayu diberikan amanah untuk merubah melayu dan masyarakat melayu yang bertongkat dengan mereka dan bergantung harap.

    Pemimpin melayu menjadikan peneroka sebagai 'buruh' terhormat dalam menjana keuntungan Felda dan seterusnya memberikan pulangan kekayaan kepada kumpulan melayu elit di dalam Felda.. melayu di Felda? masih ditakuk lama jika ada pun kemajuan, hanya diberikan dalam volum yang sedikit bagi memuaskan hati dan membuktikan pemimpin melayu masih 'sayang' mereka (untuk pancing undi) Melayu Felda Yang masih bertongkat dengan kumpulan melayu elit ini yang tidak sedar diri mereka dipermainkan akan terus menyokong asalkan mereka mendapat habuan yang tidak sebeberapa dari kumpulan melayu elit dengan mendendangkan lagu melayu akan hancur jika UMNO hancur! hmmm hanya ada satu specis melayu ke iaitu dalam UMNO? Ini yang menjadikan kumpulan besar melayu masih malang atas sikap dan kepercayaan mereka sendiri. Sikap ini diambil kesempatan kumpulan elit melayu untuk mengaut keuntungan sebeberapa banyak untuk perut mereka dan keluarga mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak pelik dgn kenyataan si anon ni..punyalah ramai anak2 felda dh berjaya sebagai engineer, ahli perniagaan, pilot dll sekarang ni..

      kalau nak buat prbandingan biarlah setara..bandingkn Felda Melayu dengan bkn melayu di BANDAR?? kalau bandingkan dengan melayu dibandar pun masih ada warga felda belum mampu bersaing..isu ini slalunya kerana pendedahan dan pengalaman..perlu masa, sabar dn tekad..

      seperti mana permulaan pembukaan Felda masa mula-mula..kalau tiada tekad dn sabar sy rasa semua peneroka lari dn Felda tidak akan wujud sama sekali..

      usaha peneroka bkn hanya utk periuk nasi peneroka sahaja...Felda ini merupakan usaha bersama antara kerajaan dan peneroka utk pembangunan ekonomi negara..kalau kerajaan tk mulakan usaha ini dulu..rasanya masih ramai melayu yg miskin sekarang ni..

      Delete
    2. hari ini sudah terang dan jelas peneroka tertipu oleh Najib...Peneroka tiada hak keatas penyenaraian FGV..tanah yang terlibat bukan milik peneroka..Memadai lah peneroka mendapat 800 unit sahaja tak sampai 1 lot saham FGV...hina sunggoh peneroka..kakaitangan Felda paling rendah pun dapat 3 lot(3,000 unit) sahingga lah ka pengarah mendapat 100+++ unit,pengerusi +++++++ .lot..
      INI durian Runtuh??atau durian Butuh?...
      15,000 (5,000+5,000+5,000) INI WAHAI PENEROKA ANGGAP LAH ini Bonus sekali seumur hidup..
      Pekerja kilang sawit Felda mendapat 2 hingga 6 bulan bonus setiap tahun...sedangkan mengikut kontrek Kilang Felda hanya mengambil upah dengan Peneroka untuk memproses minyak..yang untung Kilang?..yang jadi hamba peneroka di beri kadar perahan yang rendah..
      Sebenar nya Penyenaraian FGV ini tidak menguntungkan peneroka ,mana2 peneroka yang menanda tangani perjanjian dengan bank tak mengapa teruskan je lah.saham seceput kalau turun pun harga saham tu tak perlu bayar sama macam pinjam ASB tu..
      Penghkianat bangsa ialah Boneka Najib(BN) hari ini melupuskan eset orang Melayu 800,000 ekar..keseluruhan orang Melayu memiliki tanah di Malaysia telah menurun hanya 38% sahaja...sepatut tanah seluas ini di agih2 kan kapada 100,000 anak2 Melayu..
      Peneroka bebas lah memilih pada PRU13 ini..

      Delete
    3. hidup barisan hancur pembangkang..

      Delete
    4. HAHA..ramai yg x faham pasal FGVH ni tp membuat andaian sendiri,yg mana x faham tu duk diam2 sambil makan kacang yer..selepas penyenaraian nanti baru kita tau langit tur tinggi ke rendah,kerajaan bukannya bodoh macam pembangkang yg tau menyalak jer lebih tp habukpn tarak dijangka selepas penyenaraian nanti peneroka akan untung besar dan dlm masa yg sama pembangkang akan lari secara berkumpulan masuk kedalam semak kerana x sanggup diperkatakan rakyat yg mereka ni terlalu bodoh dlm hal2 ekonomi negara..

      Delete
  5. yang penting,aku sebagai melayu tulen,mahu listing ini berjaya sebab aku mahu saham ini floated dan tahu nilai sebenar felda ini dinilai oleh pelabur2 seluruh dunia.harap2 kuota2 saham untuk bumi adalah 99% dan non-bumi hanya 1% sahaja,hehe.ini sebab non-bumi dah kaya raya,buat ape nak curahkan lagi wang kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. Saya sebagai wakil felda menhalang usaha penyenaraian ini!! Kami tidak mahu tanah kami dirampas dan tidak mahu Felda menjadi estet!! Jika kerajaan ingin meneruskan usaha ini, insyaallah GE akan datang (Kami) akan menjatuhkan kerajaan sedia ada ini!

    Hentikan niat ini sebelum anda terjatuh! Amaran dari suara anak Felda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak felda... Klu tak faham, bertanya lah. Bukan main sergap je. Tanah ayah awakbtu tak de kena mengena dlm perkara ni. Awak boleh simpan sampai mati. Nak buat kubur kat situ pun boleh.

      Delete
    2. hahahah apa banggang ank felda

      Delete
    3. ni lah masalahnya percaya pada sumber bacaan merapu,dh lama dh cakap tanah peneroka tak diusik..apa daa

      Delete
    4. apa lah ngok sgt.. tu lah org suh gi skolah.. monteng gi ngail dalam felda...
      ce citer kot mana cara nk ilang tanoh tu..

      Delete
    5. Kami adalah majoriti ank peneroka felda menyokong penuh usaha penyenaraian FGVH ke bursa saham,majoriti peneroka yg sokong dgn tidak sokong kalau dibuat undian comfirm menang besar pada yg menyokong ini sudah dan telah terbukti,tp xdelah nak bising2 macam yg segelintir tur menyalak jer lebih,mereka nir semua ank buah mazlan aliman sebenarnya yg akan mengagalkan apa saje yg dibuat kerajaan,sedangkan mazlan sndri adalah seorang yg gagal malah adk bradik dia semua menentang perjuangan yg dibuat mazlan..renung renungkanlah

      Delete
  7. peneroka bila dengar perkataan SAHAM aje dah pikir UNTUNG......
    Tengok borang saham pon tak pernah.....
    Ini semua pengambilan terancang.....percayalah.
    Sepatutnya felda yang banyak duit tu beli saham yang eksklusif dan bernilai tinggi kat pasaran supaya dpat menguasai ekonomi bukan suruh jual milik dia dalam bentuk saham pada orang....IPO pulak tu.
    HO CHENG menantu LKY tu dari Temabek Holding dah standby duit dan loan dari bank spura nak sapu abis....rasanya kalau ada peneroka nak jual dia sanggup beli sekali ganda dari harga pasaran kalau dah diurusniaga.

    ReplyDelete
  8. kita boleh nampak, boleh hidu, boleh rasa yang tiada ketulusan dalam langkah penyenaraian ini.. warga Felda yang bependidikan rendah, tambah2 tak ramai kaum bkn melayu, senang2 shj di gula-gula kan..

    ReplyDelete
  9. Bila dah listed mana ada kuota. Saham terdedah pada pasaran bebas. Siapa ada wang saya beli itu saham!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saham bebas tapi sebenarnya tak bebas. Ada banyak perundangan dan sekatan. Kecuali jika anda dah percaya pada semua org di dunia ni.

      Delete
  10. Baca berita-berita berkaitan usaha kami anak peneroka yang tidak setuju dgn penyenaraian ini di > http://gerakanselamatkanfelda.wordpress.com/

    ReplyDelete
  11. sekarang pun warga felda dah cukup beruntung,,, jangan nak cari Bala buat benda yang kita tak tau untung ke atau bala

    ReplyDelete
  12. Belum dapat semua Ok,Dah dapat semua Ko.Janji ramai boleh ,Nak kota ramai tak boleh.Tengok Proton,Tengok Mas,Fikir-fikirkan Jangan termakan pujukan.Bagi jaminan sebelum penyenaraian.

    ReplyDelete
  13. SILA SELESAIKAN RINIHAN FELDA Bukit cahaya dulu.

    Sg Buaya, Sendayan .

    Lepas tu baru cakap pasal penyenaraian!

    ReplyDelete
  14. Agihkan saham kepada angota ahli KPF berpandu pada kadar caruman meraka yang sudah lama sikit sikit adalal tu, form warna merah jambu tu bukan semua mampu beli dengan harga yang di tentukan, lihat warna borang pun mata berpusing.

    ReplyDelete
  15. cara labur caruman di KPF pun begitu jugak pada setiap tahun kena agihkan caruman si peneroka ke dalam KPF masing masing, maka lama lama jadi lah bukit sehingga hari ini, pengyenaraian maafaat itu diagihkan melalui saham entiti FGV mengikut kadar caruman meraka masing masing di KPF secara saham sahaja, maka laburlah mereka dengan seterusnya. Wahai Datuk Seri Najib Tun Razak yang di hargai dan di hormati, gelaran bapa transformasi economi 2012.

    ReplyDelete
  16. Pastikan keuntungan semasa penyeraian felda global diagehkan sama rata utk kpf dalam share felda global, jangan jangan hanya utk org tertentu saja yg dpt peratusan keuntungan lebih dibandingkan kpf.dimana duit titik peluh mereka yg jimat cermat membuat simpanan di kpf...

    ReplyDelete
  17. kpf2 mesti jugak dimainkan peranan dalam felda global.jangan diabaikan jugak, nanti nanti masalah timbul pulak selepas disenaraikan di bursa salam nanti,harap org atasan dapat menimbangkan generasi muda akan datang.yg juga kerja keras memastikan productiviti ke tahap maksimum ladang mereka...

    ReplyDelete
  18. penyeraian felda global dapat mengumpul berbillion billion ringgit, harap harap semua anggota kpf dapat mengecami keuntungan bersama sama okay....
    Jangan jangan cakap saje durian runtuh tapi bagi cuma sedikit je....
    kita nak ikut jejak langkah datuk seri......
    mesti BOLEH"- harap boleh dapat rezeki rumayan okay...

    ReplyDelete
  19. Kita nak keuntungan seperti berikut: Contoh

    Keluarga KPF 250k @ kalau saham sebelum IPO RM 5.00 Dapatkan keuntungan ini dulu.
    equal rm 250 x 5 x 37% = Kita nak keuntungan ini dulu...
    tak pandai calculation.....
    Lepas tu tengok harga saham di pasaran....

    ReplyDelete
  20. lu 0rg kalu bkn 0rg flda ataw anak gnerasi ke 2 flda jgn ckp bnyk la b0d0...lu 0rg tau ap...bangang ad la...wa 0rg flda wa tau la...

    ReplyDelete
  21. Dah byk yg kmi dpt dr flda alhamdulilah wlau byk yg komen psal flda ia ttp mjdi sumber rzki yg halal mskipn kbykn org flda skrg ni duk umah pn dpt duit bbnding yg keja sbulan gaji x sbrapa ...Ada lak yg duk kdai kopi gelak tawa kutuk flda tp pn dpt duit jg flda bri. .apa lg nk dtakutkn geran kbun pd kita

    ReplyDelete
  22. Saya anak Felda, sejak bila lak FGVH jadi milik peneroka nie.. Setahu aq la ia 100% milik FELDA (L.K.T.P), agensi kerajaan pusat dan tiada kena mengena ngan KPF (milik peneroka & staff Felda). Kalu Felda Holding Bhd tu boleh citer, KPF ada 51% share.

    ReplyDelete
  23. FGVH sekiranya disenaraikan dibursa saham tu memeng bagus , andainya felda memiliki 51% dan lain lainnya 49% sahaja.

    ReplyDelete
  24. Felda kena jelaskan dahulu apa kepentingan/faedah kpd peneroka dari exercise pnyenaraian ini. Juga kepentingan Melayu jgn diabaikan. Tak perlu la kita Melayu sama Melayu nak gado-gado sampai nak tumbangkan kerajaan. Kalau tak suka kerajaan skrg, xpayah nak rusuh2..sampai masa pangkah je mana yg berkenan dihati. Peneroka pulak jgn kelabu mata dgn duit. teliti betul2, buat keputusan tnpa dipengaruhi mana2 parti politik.

    ReplyDelete
  25. Take heed,
    KPF, generations of settlers, staff and FELDA is like river and shores. Separating thESE elements is DISASTER.

    Dear esteemed leaders, politician and sponsors;
    Kiindly review your stands regarding this exercise. Failures will cost you dearly.

    ReplyDelete
  26. http://www.reuters.com/article/2012/05/16/markets-vegoils-idUSL4E8GG4EV20120516

    http://www.reuters.com/article/2012/05/14/us-dreyfus-felda-idUSBRE84D0XG20120514 = dari France

    http://www.reuters.com/article/2012/05/16/felda-ipo-idUSL4E8GG12W20120516 = dari Hong Kong

    hummm

    ReplyDelete
  27. kelakar la... yang memberi komen ni kerja dalam FELDA ker???? Maklumat sedara yang memberi komen negatif ni saya rasa kurang tepat la. Lebih baik jika kita mengutarakan isu-isu atau idea-idea yang positif dalam hidup.

    ReplyDelete
  28. yg sume comment nie org peneroka ke??
    peneroka cume dapt 800 unit sahaja dan bukan satu lot yg dijanjikan.
    itu pun kene beli dengan harga RM 3640 @ Rm 4.55 se unit....
    bukannya saham nie percuma..
    jadi x yh la nk besar-besarkan isu saham nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah lah org peneroka..sbb Felda milik rakyat Malaysia..bukn peneroka sahaja..
      sbb kemajuan felda menguntungkan Malaysia bkn peneroka shj..

      sblm ni dah dapat bonus 3-4 kali setahun.
      dapat dividen lg dari keuntungan FGVH
      skang dapat lagi 800 unit..
      tak cukup lg ke bro..

      kalau tiada penyenaraian ni rasanya pndapatan negara dan peneroka hanya kekal pada satu paras sahaja..dan pertumbuhan keuntungan pasti perlahan.

      Delete
    2. amboi bro.... sedap jer mulut... mak bapak kitorang kena beli tau tak... kena buat pinjaman bank... bukan nya bagi percuma seperti yang dicanang-canangkan oleh "haramjadah" tuh... dah tu plak tak sampai 1 lot saham pung setiap peneroka "dipaksa beli" dan bila cukup 6 bulan nanti "dipaksa" plak jual sebab kena bayar bank..... lu apa tau..... geng geng pekerja felda plak ada yg dapat 3 lot... 5 lot....dan ada yg dapat 10 lot.... itu org bawahan... yg atasan macam.... tan sri pengerusi segala macam anak syarikat felda.... tak tau la berapa plak pecahan sahamnya.....

      Delete
    3. bro..hal mak bapak aku tak nk sentuh..jgn bercakap seolah keluarga ko shj dalam Felda..walaupn aku bkn org felda..saudara, rakan-rakan aku ramai peneroka dn kakitangan Felda..smua x ada masalah menerima penyenaraian ni.

      kena PAKSA buat pinjaman??.x masuk akal lah bro..setahu aku rakyat malaysia ada HAK utk tidak mengambil atau membuat pinjaman..lu gi check bank negara..walaupn dah sign sebarang form..kalau tak brminat, masih boleh batalkn pinjaman..ko patut tahu pasal ni..kenapa tak gi batalkan

      bila dh beli saham tu..kenapa nak dijual balik bila dh cukup 6 bulan..simpan ajerlah..ambik deviden keuntungan..jual saham sekali je untung..amik deviden masyuk setiap tahun..lu kena faham urus niaga saham..jgn main sembur tak tentu hala menyalahkan orang.

      setahu aku FGVH x pernh kata nak bg saham percuma..lu pegi tak taklimat dorang..apa yg disebut adalah "allocation" saham utk peneroka..supaya individu peneroka ada ruang/peluang untuk mengambil bahagian dlm penyenaraian ni..

      kebanyakan saham "wajib" beli 1 lot=1000 unit..idea 800 unit ini adlh utk memberi lebih tinggi peluang kepada peneroka yang hndk memiliki saham..kalau peneroka mampu..boleh buat permohonan utk miliki 1 lot..ini saham awam sesiapa yg mampu boleh miliki..org lain wajib beli 1 lot tu.

      Kalau tak nak beli x ada masalah bro..sbb peneroka tetap dpt agihan keuntungan dari KPF yg mempunyai pegangan saham dlm FGVH..cuma individu peneroka yg nak buat untung lebih..boleh beli saham sendiri..

      lu tak rugi sbb tak kluar duit..cuma lu rugi peluang utk buat duit..buka mata bro bangsa lain sekarang tgh tunggu masa utk rebut lebihan baki saham FGVH ni..

      gua tak minat politik dn backing sesiapa..niat aku lebih kepada majukan agama-bangsa..tergerak aku nak tulis pjg ni sbb byk kenyataan lu semberono mengatakan gelaran dn tuduhan liar..tunjukkn bukti bro..byk prasangka dinyatakan tanpa fakta adalah fitnah..kalau kurang faham..bertanya dn rujuk pada mereka serta sumber lebih arif.

      Delete
    4. hihi..dia tur x tau apa pasal saham bro,hrpkn menyalak jer lebih kt sini,ye benar tepat sekali sebenarnya benda ni tiada paksaan yg nak labur tur labur jelah yg xnk tur duk diam2 jgn sain..apa susahnya sajer buat2 susah..

      Delete
  29. isu-isu negatif yg ditimbulkan tu semuanya kerana termakan dgn hasutan parti politik tertentu je. apa shj yg dibuat oleh kerajaan semuanya dikatakan tidak betul dan menipu rakyat,dgn matlamat rakyat akan menentang kerajaan,itu saja. kalau kita renung balik isu jambatan pulau pinang,KLIA,Putrajaya malah Jambatan Sultan Mahmud di K.Terengganu pun dulu pernah ditentang oleh parti politik tertentu kononnya membazirkan wang rakyat,tp lihatlah kenyataannya hari ini...sendiri mau tau la terutamanya yg suka membangkang tu. SUKA DITEGASKAN DI SINI MASYARAKAT FELDA HARI BUKAN MUDAH DIGULA-GULAKAN.JIKA GENERASI PERTAMA TIDAK BERPELAJARAN,GENERASI KEDUA RAMAI YG BERPENDIDIKAN TINGGI DAN BERJAWATAN TINGGI.

    ReplyDelete
  30. Baru tadi sy bacakan utk ayah sy pasal perjanjian belian saham fgvh ni....ayah pun ternganga tak paham apa sy baca....sy bgtau yg dia dah pun sign borang biru dan telah pun bersetuju buat pinjaman utk beli saham......kesian peneroka..tak tahu ape ape....seperti anak nak kecil yg ikut je baju ape yg ayah dia bagi....cantik ke tak dia pun tak tahu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg apa yang btul apa yg sedara kata....
      kesian kt mak bapak kiter yg diperkotak katikkkan sedemikian rupa oleh mereka yang mengharamjadahkan peneroka....
      alangkah baiknya kalau borang pinjaman dan blue form itu ditunjukkan kepada anak-anak peneroka seperti sedara ini terlebih dahulu sebelun disignkan....
      skang ni saper yang bersalah...
      org yang mengharamjadahakan....
      atau....
      peneroka yang diperkotak katikkan oleh org yang "mengharamjadahkan"

      Delete
  31. Ape yg saya nampak mengenai saham ini......seperti ingin membantu peneroka ttp sbnrnye adalah membantu syarikat felda global....sbb sy tak nampak ia akan memberi pulangan yg baik utk peneoka....setakat rm3k++ baiklah melabur dlm asb atau kpf yg tenyata bebaloi....walaupun dikata tidak dipaksa tapi sbnrnya memang peneroka spt ayah sy nie dipaksa membeli saham apajadah nie....dari situ pun dah jelas sbrnya saham ini adalah utk kepentingn peribadi beberapa individu tetentu.....
    INI ADALAH PANDANGAN DAN PENDAPAT SY YE???TIADA KAITAN DENGN POLITIK???SY ANAK FELDA YG PERNAH IDUP DENGN HARGA GETAH RM0.50/KG DAN HIDUP DIKALANGN PENEROKA YG TEPAKSA MEMBAYAR HUTANG YG TAK PERNAH HABIS SAMPAI HARI INI.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak abis utang ...asyik melantun jer

      Delete
  32. pendek kata sebenarnya hak kita orang melayu semakin lama akan semakin berkurang..itu la yang kerajaan sekarang mahukan...

    ReplyDelete
  33. korang yang bercakap di sini oleh kerana terlalu membencikan kerajaan kerana termakan hasutan mereka pembangkang semuanya di ckp mcm org tak siuman.

    ReplyDelete
  34. pembetulan: korang yang bercakap di sini, oleh kerana terlalu membencikan kerajaan kerana termakan hasutan pembangkang semuanya bercakap org tak siuman.

    ReplyDelete
  35. Org yg kata kami ni tak siuman sbnrnye yg TERLALU TAKSUB dgn kerajaan sehinggakan semua benda yg diorg buat betul....kami pihak atas pagar nie menilai guna logik akal bukan omosi....kami org susah spt digunakan utk memberi kekayaan kpd pihak yg dah tentu kaya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa usul periksa mmg tak baik kata org siuman..begitu juga halnya mengatakan org terlalu taksub..itu pn tak baik juga
      sy tk minat nak backing kerajaan atau pembangkang..tapi menegur kedua-duanya adalah tanggugjawab setiap kita bg menjaga agama dn bangsa..
      tapi menegur biar lah membentangkan hujah yg intelektual brlandaskan siasatan dgn bebincang pandangan kedua-dua pihak..tapi kini lebih kpd hentam kromo serta andaian yg dangkal tanpa memahami hal sebenar..
      sblm taklimat..ramai juga para peneroka yg marah..sewaktu taklimat byk prbincangan dn soalan diutarakan..di akhir taklimat..majoriti peneroka yg menentang penyenaraian ni mengaku kurang faham sebelum ni..sekarang semua yg faham tak menentang..kerana mereka tahu proses penyenaraian ni.

      Delete
  36. Sy sendiri membaca surat perjanjian saham fgvh yg ayah saya dapat setelah menandatangani borang biru...dan apa yg sy utarakan adalah pandangn sy...dlm surat tu menyatakan peneroka di galakkkan menerima pembiayaan dari intitusi kewangan yg telah dilantik (tanpa menyatakan bank ape, tanpa menyatakan interest) jika peneroka perlu mengeluarkan wang sendiri utk membeli saham ini, dan tidak boleh buat pinjaman saudara fikir semua peneroka setuju? Saudara sendiri sanggup buat pinjaman utk beli saham ni?? Sanggup tak jika saudara perlu keluarkan wang sendiri utk beli saham nie?
    Bukan semua peneroka nak cari duit dgn cara nie...so kenalah faham golongn minoriti yg tak nak...bukan dengan mengta mereka mcm mcm.....sy tgl di felda sy cukup faham org felda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dn sy hargai pandangan saudara..
      mnjawab soalan saudara..ya,sy sanggup kluar wang sendiri utk beli saham ini..dn sy pernah buat pnjaman bank utk pembelian saham lain sblm ini..
      dr analisis sy..nilai saham FGVH buat masa ini dikunci pd satu paras..apabila nilainya di unlock nanti saham dijangka melonjak kepada RM6..apabila org ramai (selain peneroka dn kakitangan felda) mula beli, nilai saham dijangka melonjak lg kpd hampir RM10..sbb plan prniagaan Felda yg pelbagai sehingga ke luar negara menyokong unjuran sebegini..

      bebalik kpd surat prjanjian..dr pngalamn sy..tdk kira apa jua prjanjian..minta kerja, beli rumah, motor, kereta, tanah..intipati prjanjian mmg berat sebelah..ia akan condong kpd pihak lagi satu..sbbnya mereka hendakkan jaminan..begitulh bank, bank nak jaminan.

      inilah dasar kapitalis..

      sepatutnya prkara yg patut kita smua lawan disini adalah menentang dasar kapitalis yg diamalkan oleh bank..dasar kapitalis inilah yg mmbuatkan kaya brtambah kaya dn miskin brtambah miskin..kita sepatutnya brbalik kpd syariat islam dlm urusan kewangan islam..

      mana2 parti politik yg mampu mrubah dasar ini..pasti menang..

      Delete
    2. Sy stju, tapi ingat nakkan anak dara org or janda nak wat bini sdiri pun kena ada hantaran dan jaminan. Gi jabat kadi, kadi kata kena sign form, sblm n ssudah akad kena baca khutbah n taaklik. Bukan jika knan kai trus cuk je. Gitulah caranya tuk kemaskan intitusi umhtngga. Tktwla kot ada any law leh nak wat jnji pinjaman wang org yang pinjam leh wat donor tak bayar utang ni, but org yg beri pinjam tu kena bayar utang lak....

      Delete
  37. Sya bkan org Felda tapi ramailah juga sdra dan knalan adk brdik sbgai peneroka. Sya berpakat dgn keluarga terdekat as adk brdik, sya buka satu acc CDS kami kuarkn modl sdkit pohon mlalui saham bumiputra di MITI dapatlah 45 lot kira2 45000 x 4.55 (204.000+++). Minta doa kepada Allah SWT pd 28 JUN 2012 time listing mencecah RM20 - 50/=, Alhamdulillah, jika RM30/= dah memadai dapatlah RM1.5juta++. Kemudian sya cadangkan agih2kn mengikut percent kami buat tu!!!. Adik brdik kami stuju. Semoga Allah memberkati hasrat kami dengan bantuan kerajaan hari ini. InsyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..bagus kalau dpt peluang beli lot sbyk tu..tapi unjuran min RM20 dlm bln Jun ni, trlalu tinggi..gerun tgk..sy tak rasa ia akan pergi setinggi itu dlm masa singkat..prtgahan tahun depn mungkin boleh..
      semoga Allah membrkati hasrat saudara sekeluarga..
      lpas dpt untung jgn lupa berzakat..tolak zakat, baru kira bahagian adik beradik..dlm hal ni sebaik-baiknya rujuk pusat zakat nanti..

      Delete
    2. Terima kasih atas ingatan sdra. Sya baru saja tunaikan zakat hasil simpanan diproleh dari pelabagai sumber disediakan kerajaan. Bukan riak saban tahun sya tunaikan tanggungjawab kpd pihak berwajib kpd mreka yang memerlukan. Sya jangkakan listing FGVHB nanti diantara RM6 -7, itu semua rezeki kurniaan Allah. Eloklah sedara juga memahami hasrat seseorang, jika kita bercakap tanpa merujuk kepada yang arif seolah2 kita berdoa kepada kegagalan, tapi jika nawaitu kita kpd kebaikan insyAllah merestui hasrat kita. Amin... JazakAllah Khairan Kaasiran...

      Delete
  38. Berapa besar keyakinan PM yang saham Felda tak akan ikut jejak Facebook selepas di senaraikan.. kalau dalam tempoh 6 bulan pertama, saham bernasib malang... Insya Allah kerajaan Be End akan menemui ajalnya dalam tempoh yang singkat..

    ReplyDelete
  39. Saya tak pakar dlm hal hal saham nie....tapi yg saya tahu pelaburan yg berisiko tgi memberi pulangan yg tgi....bukan tak menyokong saham nie..cuma cara tak sesuai.....

    ReplyDelete
  40. Asal penubuhan felda adalah utk menolong org2 melayu pd masa itu supaya dpt memiliki tanah serta rumah sdri.Namun ada yg tentang dan mengatakan krajaan zalim nak letak org melayu dlm hutan.Skrg bila krajaan nak tingkatkan ekonomi org melayu, mereka kata nak tipu rakyat.klu mcm ning smpai bila2 pun org melayu xakan maju.Tnpa usaha kjaan yg kau org anggap penipu ini sesungguhnya felda xakan wujud spt hari ini.fikir2 kan wahai anak2 felda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ungkapan sdra. Jika nawaitu kita kearah kegagalan bererti gagallah rancagan dan hasrat murni tuk memajukan org Melayu. Jika nawaitu untuk kejayaan Allah akan sentiasa menolong swalaupun bukan kepada kita tapi dengan memberikan kesihatan kita dengan baik dapat tunaikan amal ibadat dgn sempurna, anak2 berjaya. Tak semestinya Allah berikan kita bila nak sejuta diberikan dalam bentuyk wang tunai, Allah maha pengasih penyayang diberikan ganjaran dapat tunaikan haji, walaupun tak disangka2 etc...

      Delete
    2. Salam sema...

      Spt yg Jun 5, 10.39 ktakn. Jika doakan kbrukn itula hasilnya, doakn kbaikan dn keuntungan itulah hasilnya. Org Melayu ni tlalu kuat PHDnya. Jika nak makan dah tersedia, jika nak bebini bini dah menanti, nak duit semua boleh ambil dimana2... Bila org bjaya dengki tak abis2lah tu plak. Dengki dan khianat tu sampai umur persaraan 58 - 60 tahun masih tak berhenti lagi. Susuahnya pun sampai tahap tu masih belum lagi berjaya. Lihat cth bangsa lain lepas SPM/U/Grade(Phd (Hons) umur baru setahun jagung dah maju. Melayu leleh air liur melihat kejayaan orang. Fikir2lah...

      Delete
  41. Alhamdullilah den dapek 10 lot boli kek MITI..tu pun kluar duit kpf ......MMaasuuuuuukkkkk

    ReplyDelete
  42. Doh bebaloi doh tu hah. Apo laie nak tangguh2. Time listing ari potamo dan keduo moncanak naik sampei 10 - 20 hinggit nanti baro toboliak biji mato sapo2 yang behati busok tuh hah. Padan dongan muko, kojaan buet sumoanyo zalimm...

    ReplyDelete
  43. Saham FGVH ni bukan paksaan, kalau nak dan ada duit..beli. Kalau tak nak, diam saja. Jangan asyik dok mengata, mengumpat, mengeji, memfitnah. Ramai peneroka yang hanya duduk kedai kopi saja, berangan nak jadi kaya. Tapi usaha tiada. Jadi bila ada usaha pihak kerajaan untuk memajukan masyarakat Felda, ramai yang menentang. Kenapa tidak dari dulu lagi tak balik saja ke kampung asal. Ini pun atas belas ehsan kerajaan memberi seorang peneroka 10 ekar tanah untuk dimajukan walaupun terpaksa membayar kepada Felda. Bersyukurlah wahai kaum peneroka.

    ReplyDelete
  44. memang bersyukur denagn apa yang dah ada tapi kalau ada nita sesiapa yang nak hapuskan apa yang ada pada peneroka atau generasi peneroka, maka celakalah kamu. Kerajaan bagi tanah tapi kalau taka peneroka yang usahakan, tidaklah sampai ketahap sekarang. Jangan jadi laknat nak punahkan dan gadai apa yang ada sekarang hanya untuk duduk kepentingan sendiri atau politik.

    ReplyDelete
  45. you can kiss the votes from settler & its generation (mine defintely)if they screw up this whole FGV exercise. I have been contemplating of not voting in the next PRU since political bastards a plenty.

    ReplyDelete
  46. tak adalah kalau harga saham naik sehingga RM50 seunit..??? mimpi dah.... saya cuma nak untung RM2 seunit saham felda dah berbaloi....pon. ehehee

    ReplyDelete
  47. biasa la. adat manusia memang slalu iri hati. ngeh...

    ReplyDelete
  48. Mana janji2 P.M kepada kami pekerja felda global yang bergaji hari.adakah kami tak tergolong untuk mendapat bonus 2 bulan setengah seperti staff lain.

    ReplyDelete
  49. felda beruntung.contohnya dlm industri penerbangan anak2 felda dilatih menjadi jurutera. byk dh yg baik org buat. sebenarnya jgn fikir negatif jer.byk sgt negatif.think positif

    saya x sokong kerajaan or pembangkang.yang baik kita puji yg salah kita tegur.

    ReplyDelete
  50. Apakah pungsi dan kelebihan yang ada pada pekerja yang bergaji hari. Seperti mandor dan pekerja tempatan.semua nye kami tak ada kelebihan langsung.saham tak dapat,bonus 2 bulan setengah baru ni pun tak merasa.sedangkan diladang kami yang banyak berkorban untuk dapatkan hasil dan target..kwpada yang berkenaan tolonglah ambil tahu apa yang saya luahkan............pekerja kecewa

    ReplyDelete
  51. ape jadi ngn saham felda global nie diam jerr banyak untun ker?keh khe khe

    ReplyDelete
  52. Melantun2 masa nk lancarkan saham felda dulu. Tanah peneroka yg ada mmg x usik tapi tanah sejuta ekar yg diperolehi dari kerajaan negeri untuk diagihkan pada peneroka atau generasi kedua terhenti bila tgn2 politik yg x amanh mengambil alih bermula tahun 1990. Tanah ini langsung x bole diagihkan pada peneroka lagi bila tanah ini dicagarkan untuk penyenaraian fgv....ade yg komen bleh naik sampai rm 20.......huhuhuhu 1.92 sen jer klu bagi kat opurtunis politik jaga kebun

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.