SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 02, 2009

PROGRAM KESIHATAN DI FELDA GEDANGSA





Felda Gedangsa, 30hb. Jun 2009. Program sehari bermula jam 8.00 pagi anjuran JKKR dan GPW Felda Gedangsa dengan kerjasama Seranta Felda, JPM dan Klinik Kesihatan telah di adakan di Dewan GPW, Felda Gedangsa. Program ini antara lain memberikan maklumat tentang penyakit diabetes dan maklumat permakanan bagi menjaga kesihatan. Ceramah Diabetes telah disampaikan oleh Cik Zamila Biti Zamil, Pegawai Diatetik, HSR. Selain daripada itu, turut diadakan pameran kesihatan, Kaunselng Pemakanan, Insulin dan pemeriksaan kesihatan kaki diabetik, BMI, Dextrostik dan darah oleh Pasukan Diabetes, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kelang. Seramai lebih 300 peserta telah menyertai progam tersebut yang diadakan berdekatan pasar Pagi Selasa dan hampir 150 pengunjung telah membuat pemeriksaan termasuk YB Dato' Hj. Mohamed Idris, ADUN Hulu Bernam yang membuat perasmian penutupan program tersebut.

Ternyata program seperti ini wajar diadakan di setiap kawasan bagi mewujudkan kesedaran kesihatan khasnya dikalangan peneroka.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.