SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM MESRA RAYA DI FELDA SOEHARTO & SG. TENGI

Pada hari Sabtu, 17hb. Oktober, 2009, bertempat di Dewan Serbaguna Felda Desa Maju, Sg Tengi, Pengurusan 4 Rancangan FELDA, JKKR, JKKKP, GPW, FTSB dan MBFM telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama Timbalan Menteri di JPM, YB Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan.

Turut menghadiri program tersebut adalah YB Dato Hj. Idris Abu Bakar (ADUN Ulu Bernam), Dato Dzulkifli A Wahab (Pengurus Besar FELDA),YB Mohd Isa Kasim (ADUN Batang Kali), Hj Saad Latif (Pengerusi JKKK), Mahmud Karim (Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor), para pengurus 4 rancangan serta para peneroka.

Sebelum itu, YB Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan telah berkunjung ke rumah terbuka Sdra. Khairuddin Mohamad (Setiausaha Sulit Kanan beliau yang merupakan anak peneroka Felda Soeharto).

Antara isu yang dibangkitkan oleh para peneroka adalah :

Perkara 1. PENEMPATAN RUMAH GENERASI ANAK PENEROKA FELDA.
Pehak pengurusan rancangan terutama JKKR amat menitikberatkan perkara ini memandangkan anak2 peneroka yang telah berumahtangga masih tinggal bersama ibubapa dan ada yang menyewa, mereka mempunyai pendapatan dan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Perkara 2. PINJAMAN PEMBESARAN RUMAH PENEROKA FELDA.
Sebahagian rumah peneroka telah usang dan perlu dibaiki semula, pihak JKKR memohon supaya dipercepatkan kelulusan bagi mengelakkan pihak2 tertentu mengambil kesempatan mengaibkan FELDA untuk kepentingan politik mereka.

Perkara 3. KAWALAN POS KESELAMATAN.
JKKR Mohon di peruntukan pos keselamatan di 4 jalan keluar bagi mengelakan kecurian buah sawit dan penjualan haram di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara 4. PINJAMAN SAHAM KPF.
JKKR memohon agar dapat disegerakan proses pinjaman saham yang telah dijanjikan oleh FELDA kepada peneroka yang menyertai program pemulihan, yang TELAH LULUS, Gedangsa 34 daripada 546, Soeharto 0 daripada 653, Sg Tengi 12 daripada 542 dan Sg Tengi Selatan 139 dripada 139.

Untuk bacaan lanjut dan foto, sila layari :
http://idrisbakar.blogspot.com/2009/10/bersama-dato-ahmad-maslan-di-jamuan.html

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.