SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, December 04, 2009

PROGRAM USAHAWAN & ICT DI FELDA BUKIT TANGGA

Karnival Usahawan & ICT akan diadakan pada 11-12 Disember 2009 iaitu hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Padang Awam, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ia dianjurkan oleh Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) sebuah entiti di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Felda Bukit Tangga. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT.

Pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel ICT & Usahawan, latihan, karnival jualan, cabutan bertuah, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran Agensi Kerajaan, Pameran & jualan produk oleh usahawan, pertandingan Bolasepak 7 Sebelah, pertandingan mewarna kanak-kanak, Pertandingan Explorace, Pameran & Pertandingan Auto Show, Pameran & Pertandingan Audio Sistem Kereta, Pameran & Pertandingan Skuter, Pameran & Pertandingan Motosikal Klasik, Pameran Minibike dan Kempen Derma Darah.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman blog http://www.piditu-karnivalusahawanict.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.