Dalam satu program GAPROF baru-baru ini di A'Famosa Resort Melaka Tan Sri Isa telah menjawap tentang desas desus yang menyatakan beliau telah merampas jawatan Pengerusi KPF dari Dato Zul. Jelas menunjukkan bahawa isu ini telah di putar belitkan oleh pembangkang bagi meraih simpati warga peneroka sehingga ada kakitangan FELDA sendiri telah termakan fitnah tersebut. Apa yg berlaku adalah semata-mata untuk menaikkan nama FELDA di mata dunia. "Check and Balance" perlu bagi sesebuah organisasi atau syarikat bagi mengimbangi semua pergerakkan kewangan dan pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi supaya sentiasa telus dalam urusan urus takbir.
Sistem urus takbir FELDA sekarang memerlukan TRANSFOMASI dan tidak hanya bergantung kepada hasil sawit dan getah sahaja. Ini kerana harga pasaran sawit dan getah adalah tidak stabil di pasaran dunia. FELDA perlu mengukuhkan sumber kewangannya bagi meletakkan FELDA sentiasa di atas dan sentiasa berdaya saing dengan gergasi-gergasi dunia yang lain.
Peneroka seharusnya tidak takut apabila FGV di apungkan kerana syarikat ini akan menjadi lubuk emas bagi warga peneroka dan sedikit pun tanah milik peneroka akan di sentuh oleh FELDA kerana itu adalah milik peneroka dan yang akan di laburkan adalah tanah-tanah milik FELDA yg bukan milikan peneroka.
Pembahagian kepada 2 orang Pengerusi iaitu Tan Sri Isa menjaga KPF dan Datuk Zul menjaga Felda Holding adalah sangat tepat kerana pengkhususan dan fokus akan terjana apabila setiap mereka akan memfokuskan tugasan masing-masing secara tak langsung ketelusan dan pencapain yang maksimun dapat di berikan oleh mereka ini dalam mengurus takbir FELDA.
Janganlah kita hanya memandang dan menuding jari menyalahkan sesiapa sebelum kita menyisat sesuatu perkara itu......
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Dan sabda Rasulullah pula :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”
No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.