SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, February 21, 2012

"EGM KPF batal.....?"

Akur dengan perintah mahkamah pihak atasan KPF membuat keputusan membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada hari ini di Dewan Perdana FELDA.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah di atas injuksi yang telah dibuat oleh Mazlan Aliman and the gang terhadap KPF.

Malah ini bukan kali pertama injuksi dibuat bagi menghalang EGM berlangsung. Kesian ada perwakilan yang telah turun awal ke Kuala Lumpur untuk menghadiri EGM tersebut.

Penulisan ini bukan bertujuan menghina keputusan mahkamah tetapi sekadar suara kecil dari warga peneroka yang agak kecewa dengan apa yg berlaku.

Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah "Adakah pihak yang memfailkan injuksi tersebut mewakili suara keseluruhan Ahli KPF?"

Bagaimana pula dengan nasib dan hak ahli KPF yang lain yang menyokong penyenaraian tersebut? Tidakkah hak mereka dicabuli?

Siapa Mazlan Aliman sehingga mampu menidakkan hak ahli-ahli KPF yang lain?

Marilah kita berfikir sejenak dengan tindakkan pihak-pihak yang boleh saya kategorikan sebagai mencabuli hak Ahli-ahli KPF yang lain ini. Biarlah ahli-ahli KPF menentukan hak mereka sendiri kerana Koperasi ditubuhkan atas persetujuan ahli-ahlinya bukan atas persetujuan dan hak individu-individu tertentu.

Saya dengan ini mendesak agar Pihak FELDA dan KPF melakukan sesuatu di atas perkara ini.


No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.