SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Wednesday, February 01, 2012

Kenapa ANAK mahu menggagalkan penyenaraian FGVH....?

"Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) akan mendapatkan persetujuan perwakilan dan pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Saham Malaysia"

 Selama ni apa yang dorang buat untuk kemajuan FELDA? Semua tak betul semua salah apa yang FELDA buat untuk peneroka. Sebenarnya mereka ni takut bila FGVH tersenarai di Bursa Saham nanti pendapatan peneroka akan bertambah dan kepercayan peneroka kepada KERAJAAN / FELDA pun turut bertambah. Atas sebab itu mereka cuba menggagalkan usaha FELDA untuk menyenaraikan FGVH itu.

 Selama ini apa yang FELDA tak buat untuk peneroka? Dah bermacam macam jenis bantuan dan saluran FELDA sediakan untuk warga peneroka. Alangkah beruntungnya kita sebagai warga FELDA jika nak dibandingkan dengan kampung tradisional.

  Bersyukurlah dan berterima kasihlah pada Allah kerana menjadikan FELDA sebagai saluranNya untuk memberi rezeki dan kebahagianNya pada manusia yang bernama WARGA FELDA.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.