SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Saturday, February 04, 2012

Objektif penyenaraian FGVH ialah.......



* Menambah nilai dan membebas-kunci nilai sebenar aset Kumpulan Felda, membezakan peranan asal Felda sebagai agensi pembangunan dan transformasi masyarakat dan kemampuan merealisasi potensi penuh perniagaan melalui FHB bagi tujuan komersial.
* Memberi ruang perniagaan dijana oleh pengurus professional di bawah sistem urus tadbir korporat dan amalan komersial sesuai dengan peranan sebagai syarikat konglomerat MNC
* Memberi tambah nilai pelaburan 112,635 peneroka melalui KPF dan memperlihatkan pelaburan ini memberi pulangan berterusan yang lebih baik untuk jangkamasa panjang
* Memberi peluang masyarakat Malaysia di luar Felda untuk melabur, termasuk kerajaan negeri dimana banyak ladang Felda, agensi seperti PNB, EPF, KWAP dan Tabung Haji.
* Menerima pelaburan syarikat global produk hiliran berasaskan pertanian dan sebagai timbal balas, mendapat kebaikan rangkaian pemasaran dan jaringan antarabangsa bagi produk produk hiliran yang akan dikeluarkan oleh FGVH
* Membebas-kunci aset Kumpulan Felda dan merealisasi penuh peluang pasaran global, melampaui pelaburan sediada ada Felda Global Ventures seperti kilang di Kanada, Amerika Syarikat, Eropah dan China
Peranan Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan kekal sebagai fasilitator dan pemangkin pembangunan dan transformasi.
Kedudukan masyarakat peneroka Felda akan melalui transformasi fasa kedua, dimana dalam fasa pertama mereka diberikan peluang aktiviti ekonomi sebagai peneroka tanah rancangan Felda sehingga mampu memiliki rumah yang selesa dan ladang pada purata 10 ekar seorang.
Kini, mereka akan merasa transformasi fasa kedua dimana pelaburan mereka dalam KPF akan direalisasikan sepenuhnya melalui FGVH sebagai syarikat perniagaan berasaskan komoditi pertanian dan mempunyai keseluruhan produk hiliran yang akan dipasarkan ke merata pengguna peringkat antarabangsa.
Pelaburan 112,635 orang peneroka ini dalam KPF adalah umpama skim Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilancarkan pada April 1981, menyaksikan kaum bumiputera berpeluang melabur dalam amanah saham dan kemudian memiliki pegangan dalam syarikat konglomerat seperti Sime Darby dan Maybank.
Pulangan lumayan kepada pelabur terbukti apabila dalam tempoh 10 tahun pertama, pelaburan RM 1,000 asal dalam skim ASNB bernilai RM 31,762.67. Walaupun rekod pencapaian ini sukar untuk ditandingi, tetapi sekiranya ini adalah model sesuai ‘membebas kunci’ dan merealisasi tambah nilai, maka habuan lumayan harus dinanti dengan penyenaraian FGVH ini.
Kini kesemua 112,635 orang peneroka Felda akan menyaksikan pelaburan mereka akan melalui kitaran sama, bersama-sama pelabur Malaysia lain apabila FGVH disenaraikan. Ia wajar disifatkan sebagai ‘ASNB Kedua’ kerana nilai aset Kumpulan Felda sejumlah RM9 bilion itu akan direalisasi penuh sebagai entiti komersial bertaraf global.
‘Durian Runtuh’ yang digambarkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2012 dan bakal diumumkan secara terperinci oleh beliau pada masa yang sesuai itu adalah habuan 112,635 orang peneroka Felda sahaja.
Pelabur Malaysia yang akan memberikan keyakinan terhadap FGVH pasca penyenaraian seawal Mac 2012 juga akan secara strategik menerima ‘durian runtuh’ walaupun dengan bentuk berbeza, apabila nilai pasaran saham akan ditentukan bersesuaian dengan sebuah konglomerat yang akan mencapai jualan terkumpul tahunan melebihi RM30 bilion setahun.
‘ASNB Kedua’ ini akan memperlihatkan ‘pembebasan kunci’ dan penambahan nilai aset sesuai dengan peranan FGVH sebagai konglomerat MNC Malaysia terbaru dalam persada perniagaan global. Ini adalah proses ‘Transformasi’ dimana perubahan itu akan membawa peningkatan dan pencapaian yang lebih, demi menjamin kedudukan rakyat Malaysia apabila ekonomi mencapai nilai tinggi sesuai dengan dasar ETP kerajaan Najib.
Semua pihak akan ‘menang’ dalam penyenaraian FGVH ini, sama ada kerajaan, masyarakat peneroka, agensi pelaburan milik kerajaan dan golongan pelabur Malaysia. Ini adalah model ‘Malaysia Inc’ yang sesuai bagi merealisasi objektif Wawasan 2020 dan masyarakat peneroka Felda akan bersama menyaksikan pelaburan mereka memberikan kitaran produktif seperti masa masyarakat pelabur Malaysia yang lain.
Secara automatiknya, permodalan pasaran Bursa Malaysia akan meningkat dan mengukuhkan lagi pasaran modal di samping cukai pendapatan yang akan direalisasi dari peningkatan kegiatan aktiviti pasca penyenaraian FGVH. Jelas, ia ‘hadiah’ untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.