SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, February 21, 2012

Sekadar nak buktikan pada DAP yang dia pun boleh.....


Mazlan Aliman merupakan ahli politik berbangsa Melayu dari parti PAS. Di peringkat akar umbi beliau adalah AJK PAS Pusat. Di peringkat NGO, beliau adalah pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).pertubuhan haram


Penglibatan di dalam politik

Beliau pernah terlibat di pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008. Di dalam PRU 1999, beliau bertanding di DUN Senai, Johor tetapi tewas dengan majoriti 10,170 kepada Adam bin Abdul Hamid. Seterusnya, pada PRU 2004, beliau bertanding lagi di DUN Semerah tetapi tewas dengan majoriti 10, 669 kepada Ariss bin Samsudin. Manakala di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau tewas di Parlimen Bera, Pahang kepada Ismail bin Sabri dengan majoriti 4,313 undi.

Ditangkap kerana tiada permit

Pada 10 Mac 2010, Mazlan Aliman ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.Ia ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub, Pahang. Beliau dibebaskan setelah ditahan selama 2 hari. Dia ditahan mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Mahkamah Majistret Raub membebaskan beliau dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin .
Mazlan Aliman melantik peguamnya, Mohd Harris Abdullah untuk menyaman pihak pengurusan Felda Lembah Klau dan polis kerana memalukannya. Dialog hendak diadakan di sebuah rumah peneroka tetapi dihalang kerana tiada permit ceramah. Felda dikatakan telah mengeluarkan surat pekeliling melarang mengadakan dialog dan sebagainya.
Pada 17 Ogos 2010, Saman menfailkan saman malu dan menuntut ganti rugi RM20 juta berikutan insiden di Felda Lembah Klau. Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh,dengan menamakan empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), pegawai polis PDRM, Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia.Peguam beliau ialah Wan Rohimi Wan Daud.

Ditahan di Miri, Sarawak

Pada 6 Julai 2011, Mazlan Aliman ditahan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Miri jam 10.15 pagi .Ketika itu beliau dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam perjalanan ke Miri

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.