SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Saturday, June 23, 2012

Ong Keng Yong mengaku arahkan 3 diplomatnya sokong DAP!!!?

Penglibatan  3 diplomat Singapura tanda sokongan kuat kerajaan cina Singapura untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Malaysia.Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong yang mengaku bahawa beliau diarahkan untuk memberi sokongan kepada pembangkang di Malaysia terutamanya parti cina DAP.

Ekoran itu Malaysia melahirkan rasa tidak pushati dengan kerajaan cina Singapura kerana menyokong pembangkang bagi memusnahkan negara Malaysia.Ekoran itu Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.“Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.Dalam pertemuannya dengan Keng Yong itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

“Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik ASEAN kini kian berkembang," katanya.Singapura dibawah kerajaan cina PAP memang mahukan Malaysia jatuh ke tangan parti cina DAP kerana tertubuhnya parti DAP atas serpihan daripada parti PAP.DAP mempergunakan Anwar Ibrahim yang mampu memberi kata-kata semangat kepada anak-anak Melayu untuk menentang pemerintahaan Melayu di Malaysia.

Hanya dengan menggunakan Anwar sahajalah orang Melayu dapat dijadikan kuli untuk menjahanamkan negara Malaysia dan seterusnya menaikkan cina DAP sebagai Perdana Menteri.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.