Alhamdulilah....sudah 56 tahun penubuhan FELDA. Daripada kawasan hutan menjadi sebuah kawasan komuniti contoh yang terbaik di dunia.
FELDA hanya satu di dunia. Memang tidak dapat disangkal kenyataan ini. Beberapa buah negara cuba untuk mencontohi seperti mana FELDA diuruskan. Namun usaha itu gagal kerana mereka tidak mempunyai kecekalan hati sepertimana hati peneroka dan petugas FELDA.
Namun dalam masa yang sama apa yang dikesali adalah terdapat juga dikalangan masyarakat Malaysia yang sengaja memburukkan imej FELDA. Dengan bertuankan politik retorik mereka dengan gahnya memfitnah serta mentomah FELDA dengan pelbagai tomahan.
Namun Allah itu maha mengetahui dan maha adil. Lagi banyak fitnah dan tomahan mereka FELDA lebih berjaya dan maju. Penyenaraian FGVH di bursa saham adalah salah satu pencapaian yang harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Usaha murni DSN menyambung usaha Allahyarham Ayahda beliau kini jelas menampakkan hasil. Kini FELDA dengan gahnya mendirikan Menara FELDA di Platinum Park iaitu kawasan yang mempunyai nilai hartanah antara yang termahal di Malaysia.
Ini jelas menunjukkan bahawa apa jua omongan pembangkang tentang FELDA adalah semata mata bagi meraih undi bagi memenangi pilihanraya yang akan datang dan bukan bermaksud untuk membela nasib warga peneroka khasnya dan warga FELDA khususnya.
Hasil kepimpinan DSN telah membawa serta menunjukkan di mata dunia bahawa FELDA adalah yang terbaik.
Semperna Ulang Tahun FELDA ke 56 esok yang bakal menyaksikan kepada dunia perasmian Menara FELDA yang menjadi mercu kebanggaan rakyat Malaysia oleh YAB Datuk Seri Najib sebagai perasminya. Beberapa pengumuman penting juga bakal diumumkan kepada warga FELDA dan rakyat Malaysia.
SELAMAT ULANG TAHUN KE 56 dari KAFELDA.....
No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.