SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, May 17, 2013

Ulasan PRU13


Kita dah tahu keputusan PRU13 yang menyaksikan betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Walau siapa pun yang kita sokong, sudah tiba masanya untuk kita BERMUHASABAH DIRI. Berikut adalah antara analisa dan ulasan untuk PRU13 ni, harap mana2 penyokong BN atau PR dapat membaca dengan hati yang terbuka.

1. Seperti yang diramal sebelum ini, BN pasti akan menang lagi. Walau kita nampak trend di Internet lebih banyak memihak kepada PR, tapi ia sebenarnya tidak menggambarkan keseluruhan pengundi di Malaysia sebab tak semua golongan guna Internet, dan kalau ada pun tak semua gunakan Internet untuk mencari info berkaitan politik.


Kerusi Parlimen
PRU12 (2008)
140
23
28
31
82
PRU13 (2013)
133
21
38
30
89

2. Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dengan mendapat majoriti 2/3, begitu juga di Kelantan walaupun merosot sedikit. BN berjaya merampas semula Kedah dan mengekalkan Perak dengan majoriti mudah. Begitu juga di Terengganu dan Negeri Sembilan, manakala di negeri2 lain BN menang dengan majoriti 2/3.


Antara kejayaan BN merampas kembali Kedah juga dilihat mungkin kerana faktor "Mukhriz" yang merupakan anak kepada Tun Mahathir yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah. Mungkin kerana karisma bapanya yang boleh dilihat dalam diri Mukhriz Mahathir menjadi pengaruh utama pengundi Kedah untuk menyokongnya. Dan kalau dilihat laluan yang sedang dititi oleh Mukhriz, ia hampir serupa dengan DS Najib Razak di mana beliau yang juga merupakan anak kepada bekas perdana menteri, dilantik menjadi Timbalan Menteri Kabinet, kemudian Menteri Besar, kemudiannya Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri. 

NEGERIJUMLAH KERUSI
BN
PAS
PKR
DAP
STAR
JUMLAH

CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
1513
1
1




15
KEDAH
3621
9
4
2


36
KELANTAN
4512
32
1




45
TERENGGANU
3217
14
1




32
PULAU PINANG
4010
1
10
19


40
PERAK
5931
5
5
18


59
PAHANG
4230
3
2
7


42
SELANGOR
5612
15
14
15


56
NEGERI SEMBILAN
3622


3
11


36
MELAKA
2821
1


6


28
JOHOR
5638
4
1
13


56
SABAH
6048


7
4
1
60
JUMLAH505275
85
49
95
1
505
CLN
- Calon Yang Menang
MTB
- Menang tanpa bertanding


3. Sewaktu diumumkan keputusan PRU13, bila banyak kerusi Pakatan Rakyat berpihak kepada DAP manakala PAS dilihat terlalu sedikit, tiba2 ramai rakan2 Melayu yang pro-PR yang sebelum ini begitu semangat berkempen mula diam dan menjadi risau kerana kerusi DAP paling banyak dalam PR. Ada yang seakan2 menyesal kerana disangkanya kerusi PAS atau PKR akan lebih banyak daripada DAP. Ada juga yang berkata "Kalau aku tahu kerusi DAP lebih banyak dari PAS, baik aku undi BN je". Namun inilah harga demokrasi yang perlu dibayar, dan daripada itu kita boleh lihat di kalangan penyokong PR sendiri masih wujud perasaan sangsi dan kurang kepercayaan di antara satu sama lain terutama di kalangan penyokong PAS dan DAP, menunjukkan bahawa gabungan ketiga2 parti itu masih belum begitu kukuh dan masih ada ketakutan di kalangan penyokong PR. 



4. Keputusan PRU ini kita boleh lihat kaum Cina sudah menolak BN secara total dengan kawasan majoriti kaum Cina dimenangi DAP. Walaupun di dalam BN terdapat parti MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7. Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11

1 comment:

  1. Mohegan Sun | Casino & Resort, CT Jobs - Jtmhub
    Mohegan Sun 전라북도 출장마사지 is the largest casino in Connecticut. With 2,100 slots 부산광역 출장샵 and 70 table games, this casino is located 경상남도 출장안마 in the heart 충주 출장마사지 of 대전광역 출장안마 the scenic Northeast.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.