Lebih mengejutkan, ia dipercayai dilakukan peneroka sendiri.
Segalanya terbongkar selepas dua suspek masing-masing berusia 30-an dan 50-an sedang dalam urusan hendak menjual sawit yang dicurinya.
Kejadian disedari kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika seorang peneroka melihat suspek sedang mengait buah kelapa sawit di blok 4 Felda Kerteh Tiga lalu memaklumkannya kepada ketua ladang tentang aktiviti mencurigakan itu.
Bagaimanapun sebaik kedua peneroka itu tiba di lokasi berkenaan, sebuah lori sarat dengan muatan sawit dipercayai dicuri keluar dari kawasan terbabit menuju ke kilang proses di Felda Kerteh Dua.
Kedua peneroka itu kemudian memaklumkan kepada polis bantuan Felda yang berjaya menahan lori tersebut bersama tiga lelaki termasuk pemandunya.
Penolong Pengurus Felda Kerteh Tiga, Omar Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci.
Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya berkaitan kehilangan 226 tangkai sawit seberat satu tan dengan anggaran nilai RM500.
Difahamkan, kedua suspek yang ditahan berkaitan kes curi sawit itu merupakan rakyat tempatan, dipercayai peneroka.
No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.