SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, June 21, 2009

PERJUMPAAN DENGAN TUN DR. MAHATHIR





Pada 17hb. Jun yang lepas bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bermula pada jam 3.00 - 5.30 petang telah diadakan majlis ramah-mesra sahabat Iltizam FELDA bersama YABhg. Tun Dr. Mahatihir. Seramai 20 orang yang terpilih daripada FELDA seluruh Malaysia termasuk sahabat FELDA di Sarawak dan Sabah yang telah menyertai majlis tersebut. Pelbagai soalan telah diajukan termasuk meminta pandangan berkenaan isu semasa yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial termasuk isu-isu antarabangsa seperti Blok Ambalat dan lawatan Lee Kuan Yew serta Jambatan Bengkok. Ternyata pertemuan singkat itu telah banyak manfaa kepada mereka yang terpilih untuk bersama Tun. Terima kasih Tun, kernamu Tanahairku Malaysia kini gah di seantero dunia!

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.