SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, June 14, 2009

PERKAMPUNGAN INTELEKTUAL PERSADA

Gambar kenangan barisan pelapis kepimpinan generasi akan datang
Sdra. Khamis, Timb. Pengerusi JKKR Program yang juga Presiden, PERSADA UUM

Barisan Fasilitator yang juga terdiri daripada anak-anak FELDA


Pada 12-14 Jun 2009 bertempat di AGR Agrotech Resort telah berlangsung Perkampungan PERSADA yang telah disertai oleh seramai 80 orang mahasiswa/i dari IPTA seluruh Malaysia. Ianya terdiri daripada kepimpinan PERSADA yang dipilih bagi mengikuti program tersebut. Penyelarasan program dilaksanakan oleh Sekretariat PERSADA.

Ternyata Perkampungan Intelektual ini telah memberikan pengetahuan, ilmu, berkongsi pandangan dan pendapat. Siri ceramah telah disampaikan oleh YB Tn. Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka yang merupakan anak peneroka FELDA Jengka yang juga Naib Presiden, Majlis Belia FELDA Malaysia dan YBhg. Tuan Ehsanuddin Harunnarashid, Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri. Majlis penutupan program pula oleh YBhg. Dato' Shahlan Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.

Para peserta amat berharap agar program ini diteruskan bagi meningkatkan jati diri khasnya belia FELDA tentang pentingnya menjaga tanahair tercinta

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.