SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, July 21, 2009

KES KEBAKARAN DI FELDA GEDANGSA

Pada Ahad, 19hb. Julai 2009 telah berlaku kes kebakaran di Kg. Keliling, Felda Gedangsa, Hulu Selangor yang melibatkan sebuah rumah peneroka iaitu Puan Saniah Che Mat. Kebakaran berlaku pada jam 4 pagi sewaktu beliau dan keluarga sedang tidur. Rumah beliau habis terbakar dan sebarang harta benda tidak dapat diselamatkan. Syukur alhamdulillah kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


YB Dato' Hj. Muhamad Idris, ADUN Hulu Bernam telah melawat mangsa pada pagi tersebut bersama En Idris Mat Yan, Pengurus Felda Gedangsa, Hj Tajaluddin Jusin, Pengerusi JKKP bersama AJK UMNO Bahagian Hulu Selangor. Dikesempatan tersebut YB Dato' Muhd. Idris telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5000.00 bagi keperluan mangsa dan keluarga. Bantuan lain juga telah dihulurkan oleh pihak Felda dan penduduk yang prihatin.



Kepada warga FELDA yang prihatin, bolehlah menghulurkan bantuan kepada mangsa dengan menzarahi beliau atau dapatkan maklumat lanjut daripada pegawai seranta di kawaan anda.

Semoga Puan Saniah dan keluarga tabah menghadapi kehidupan.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.