SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, July 27, 2009

PENCARIAN : PULANGLAH SITI SALIHAH - FELDA NERAM 1

KAFELDA meneruskan pencarian menjejaki adik Siti Salihah Sidek, 21 tahun yang dikatakan menghilangkan diri mengikuti teman lelakinya selepas dia dikatakan keluar dari rumahnya di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 7.30 pagi pada 26 Jun 2009 yang lalu. Keluarga beliau amat mengharapkan agar beliau kembali ke pangkuan keluarga keana mereka amat-amat merindui kepulangan beliau. Berita kehilangan ini juga telah dikeluarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia pada 26 Julai 2009 yang lalu.


Siti Salihah merupakan bekas pelajar Kolej Swasta di Rompin yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Perhotelan dan Katering. Beliau dipercayai mengikuti teman lelakinya yang bernama Saifol Awal Kamaludin yang berasal dari Pekan. Berdasarkan maklumat, ada orang yang ternampak kelibat Siti Salihah di kawasan Perumahan Datuk Syahbandar, Pekan.

KAFELDA merayu kepada sesiapa yang mengetahui di mana Siti Salihah berada agar dapat menghubungi keluarga beliau menerusi talan 013-9437426 (En.Amran), 019-9053844 (Sarina) atau 014-8323408 (Safinah)

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.