SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, August 03, 2009

PROGRAM IKATAN HATI DAN RAMAH-MESRA SERANTA DI GUGUSAN FELDA SOEHARTO

Pihak Seranta Felda, JPM dengan kerjasama pengurusan Felda, JKKR Gugusan Felda Soeharto, MBFM Gugusan Felda Soeharto, UMNO Bahagian Hulu Selangor dan Gerakan Belia 4B Felda Soeharto dan Kelab Sukan Lasak Felda Sungai Tengi akan menganjurkan Program Ikatan Hati dan Ramah-Mesra Seranta Felda pada hari Jumaat dan Sabtu (7 & 8 Ogos 2009) yang akan melibatkan 4 Rancangan Felda dalam Gugusan Soeharto iaitu Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Sg. Tengi, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa.

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan dan penglibatan semua pihak khasnya warga Felda bagi melancar dan memeriahkan program tersebut. Antara objektif utama program tersebut adalah bagi menjalin hubungan silaturahim dan semangat kecemerlangan antara para pemimpin masyarakat dan warga peneroka.


Aturcara program adalah seperti berikut :

JUMAAT, 7 Ogos 2009
09.00 pg : Program Kecemerlangan UPSR di SK Felda Gedangsa
12.30 tgh : Solat Jumaat di Masjid Felda Sg. Tengi Selatan
03.00 ptg : Check-in di Homestay Felda Sg. Tengi
05.00 ptg : Perlawanan Bola Sepak/Bola Jaring ala Batik di Felda Soeharto
07.00 mlm: Solat Maghrib, Yaasin dan Tazkirah, Solat Isyak
Ucapan & Penyampaian Cenderahati di Masjid Felda Soeharto
Oleh YB Isa Abu Kassim, ADUN Batang Kali
10.00 mlm :Sembang Seranta di sekitar Felda Soeharto dan Felda Sg. Tengi


SABTU, 8 Ogos 2009
06.00 pg : Solat Subuh dan Tazkirah di Masjid Felda Sg. Tengi
07.00 pg : Perlawanan Bola Sepak / Bola Jaring ala Batik di Felda Sg. Tengi
09.00 pg : Pertunjukan Cub Cross oleh Kelab Sukan Lasak Felda Sg. Tengi
10.30 pg : Upacara Penutupan dan Penyampaian Watikah di Dewan JKKR, Felda Sg. Tengi
Oleh YB Dato' Muhamad Idris Abu Bakar, ADUN Hulu Bernam

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.