SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, August 03, 2009

310 ORANG BELIA FELDA CERUL TERIMA DANA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KAFELDA mengucapkan tahniah kepada MBFM Cawangan Felda Cerul yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar pada 16hb. Julai 2009. Semoga dengan kelulusan ini, pihak persatuan akan dapat terus digerakkan demi kecemerlangan generasi muda khasnya di Felda Cerul.

Pada 15 Julai 2007, seramai 310 orang belia dan beliawanis di Felda Cerul telah menerima sebanyak RM 200.00 seorang selepas selesai menghadiri Program Dana Bakti Remaja.

Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Cerul itu telah dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi Penaja MBFM Felda Cerul (En. Mohd Fauzi), Pengerusi Penyelaras DUN Air Putih (En. Nazri) dan Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan (En. Hisham bin Zubir)

Selepas itu, slot LDK telah dimulakan di mana peserta telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Selepas selesai LDK, sesi pembentangan hasil kerja telah berjalan dengan lancar.

Pada petangnya, slot “Dialog Belia dan Beliawanis bersama YB" telah diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan belia dan beliawanis. Yang Berhormat Wan Abdul Hakim Bin Wan Mokhtar (ADUN Air Putih) telah sudi mengendalikan slot motivasi dan mendengar rintihan para belia dan beliawanis.

Selepas dialog, semua peserta program telah menerima saguhati daripada Kerajaan Negeri seperti tahun-tahun lepas. Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu.

Lanjut di : http://beliafeldacerul.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.