SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, March 07, 2010

SYABAS MBFM




Syabas dan tahniah kepada Majlis Belia Felda Malaysia kerana telah melaksanakan perjuangan demi mempertahankan maruah peneroka dan warga Felda.

Pada 24/2/2010, Satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada Dato Dzulkefli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda. Memo yang dipanggil Memorandum Reben Jingga ini antara kandungannya ialah:

1. Memastikan Tindakan Tegas diambil ke atas Persatuan ANAK yang diketahui tidak berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Pendaftar Malaysia.

2. Menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan merampas dan menghalang pengedaran Buku yang pernah diterbitkan oleh Persatuan ini. Ia dilihat mengundang fitnah dan cubaan merosakkan minda dalam masyarakat Felda.

3. Mengingatkan kepada organisasi JKKR/JKKK agar mengunapakai Akta GSA 1960 iaitu memberi mereka kuasa untuk menghalang mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar masuk dan mengganggu ketenteraman didalam kawasan rancangan.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.