SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, January 25, 2010

PELANCARAN KELAB RAKAN MUDA FELDA WILAYAH TERENGGANU


Bersyukur kepada Allah s.w.t diatas segala limpah rahmat dan inayah-Nya. Semoga segala kejayaan dan kecemerlangan kami di dalam persatuan ini terus menerus dapat dipertingkatkan dan sentiasalah hendaknya kami bersemangat untuk memperjuangkan maruah belia Felda.

Untuk pengetahuan rakan-rakan di luar sana kita sememangnya telah melakar kejayaan yang amat bermakna untuk kampung kita yang tercinta ini namun ini tidak bermakna hanya disini langkah kita kerana perjuangan sebenar baru saja bermula.Percayalah..ini baru saja garis permulaannya.Dan sekarang tibalah masanya kita bersama-sama bersatu padu membawa belia Felda Bukit Bading mahupun Belia Felda Malaysia di persada antarabangsa.Kami pecaya dengan semangat kerjasama yang erat dan kesatuan yang utuh akan membawa kepada kita kejayaan yang lebih berharga.
Permulaan kepada tanggungjawab ini telah kami laksanakan tinggal lagi kaedah perlaksaan dan penyambungan kepada rasa bertanggungjawab dan rasa sanggup berkorban demi maruah bangsa dan tanah air oleh generasi yang akan datang.Menyedari hakikat bahawa perkara ini harus dilentur dari rebung mungkin inilah yang menjadikan pemangkin kepada idea Majlis Belia Felda Malaysia untuk bersama-sama kerajaan dan menyahut seruan agar kita bersama-sama membangunkan belia dari segi rohani dan keintelektualannya tidak kira di peringkat kampung mahupun di peringkat negeri dan negara.

Natijah dari idealisma ini baru-baru ini Felda Bukit Bading telah dipilih sebagai lokasi Pelancaran Kelab Rakan Muda Felda Wilayah Terengganu pada 26 Disember yang lalu.Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi menarik golongan remaja untuk menyertai kelab Rakan Muda ini. Antaranya ceramah agama.. Autoshow motor..perlawanan street Soccer 3 on 3..bola jaring 5 0n 5..live band ( LANTANA )..pameran jabatan kerajaan dan agensi tempatan..termasuklah pertandingan karaoke dan persembahan Artis terkenal iaitu Ali ( Bekas vokalis XPDC ) dan adik Balqis Bintang idola Kecil 2.

Program ini dilihat berjaya dan banyak mempromosikan Felda Bukit Bading khususnya Persatuan Belia Felda Bukit Bading itu sendiri.Terima Kasih kepada penganjur (MBFT) yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami dibawah naungan kalian.

Insya-Allah beberapa lagi program akan menyusul sepanjang tahun dan diharapkan ini akan menjadi satu budaya baru untuk belia di sekitar Felda Bukit Bading untuk diperaktikkan sekali gus mengurangkan gejala yang tidak disenangi sekarang.kami sediakan sedikit gambar untuk tatapan kalian.

Lanjut di : http://mbfeldabukitbading.blogspot.com/2010/01/pelancaran-kelab-rakan-muda-felda.html

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.