SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, May 20, 2010

CERITA KARTUNIS GAYOUR TENTANG PENGALAMAN DI FELDA

Dulu masa sekolah menengah, gua ada ramai kawan-kawan dari felda. Segala macam felda yang berhampiran dengan bandar Bahau, bersekolah kata sekolah gua. Dari Felda Sungai Lui, Lui Timur, Air Hitam, Pasir Besar, Pasoh, Palong… semua ada. Dulu ada gak la pergi ke felda, jalan-jalan ke rumah kengkawan. Hari tu pada 6 dan 7 Mac 2010, gua masuk ke felda Trolak setelah sekian lama tak masuk ke tanah rancangan felda dalam program JOM KE FELDA.

Teruja gak bila dapat peluang ke felda. Nak tengok rumah-rumah, pokok getah/sawit, betemu peminat, pembaca dan kawan-kawan kat felda dan menikmati suasana di felda. Tapi harapan gua bekecai seperti pasir yang betaburan di pantai bila sampai ke lokasi belangsungnya Karnival JOM KE FELDA. Apa ni? Ingatkan kat tengah-tengah kampong dalam felda, rupanya jauh dari kawasan perumahan felda! Adoi laa…

Untuk bacaan seterusnya dan gambar-gambar sila ke :
http://gayour.blogspot.com/2010/04/blues-felda-blues.html

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.