SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, May 23, 2010

PENEROKA BERPUAS HATI

RAUB – Impian 214 peneroka untuk mendapatkan hak mereka yang diperjuangkan sejak 1998, akhirnya tertunai apabila mereka menerima cek masing-masing semalam setelah menang dalam tuntutan di Mahkamah T:inggi Temerloh, Januari lalu.

:Mahkamah mengarahkan kerajaan membayar tuntutan keseluruhannya berjumlah RM695,235 kepada peneroka.

:Jumlah berkenaan adalah imbuhan tambahan kepada peneroka yang membuat tuntutan berikutan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan ditawarkan kerajaan kerana terlibat projek pembinaan Empangan Kelau, di sini.

:Jumlah tersebut adalah tambahan 4 peratus daripada nilai semasa ditetapkan kerajaan sebelum ini untuk dilunaskan tanpa gagal kepada 214 peneroka terlibat.

:Seorang penduduk terlibat, Salmah Saleh, 64, berkata, dia berpuas hati dengan penerimaan tambahan 4 peratus pampasan dilunaskan kerajaan pusat setelah melalui beberapa proses.

:Menurutnya, tindakan penduduk membuat bantahan terhadap pampasan ditawarkan kerajaan hanya sekadar menuntut hak yang dirasakan berpadanan dengan pelepasan tanah ladang miliknya bagi tujuan pembinaan empangan bekalan air bersih ke Selangor itu.

:“Mahkamah juga mendengar tuntutan kita dan mengarahkan kerajaan pusat membayar pampasan tambahan dan turut meletakkan faedah sebanyak 8 peratus sekiranya gagal berbuat demikian.

:“Setidaknya penerimaan wang tambahan ini dapat meringankan perbelanjaan kami sekeluarga yang kehilangan mata pencarian setelah kerajaan pusat mengambil tanah ladang kami di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan cek kepada 214 penerima di Balai Raya Kampung Felda Lembah Klau.

:Penyerahan cek itu disempurnakan Ketua UMNO Cawangan Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar.

Lanjut di :
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7726878.asp

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.