SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, June 24, 2010

FELDA akan ambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan

KUALA LUMPUR: FELDA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan dan pemimpin pembangkang yang memfitnah FELDA sebagai bankrap dalam terbitan bertarikh 22 hingga 29 Jun lalu.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata penyiaran itu dianggap melampau kerana memudaratkan organisasi FELDA yang berusia 54 tahun dan mempunyai pelaburan dalam dan luar negara.

"Laporan itu memudaratkan FELDA dan melampau. Kita membuat keputusan menyaman Suara Keadilan dan pemimpin pembangkang kerana memfitnah FELDA bankrap," katanya pada sidang media sebentar tadi.

1 comment:

  1. Lagi cepat lagi baik. Dengan ini kita orang Felda akan tahu perkara sebenar berlaku.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh mana orang berani kata.

    Kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.