SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, June 29, 2010

LAPORAN POLIS OLEH KETUA PENEROKA WILAYAH TROLAK




Pada 28hb. Jun 2010, Ketua-Ketua Peneroka Rancangan Felda Wilayah Trolak seramai 21 orang mewakili 21 rancangan Felda Trolak, diketuai oleh Ketua Peneroka Gabungan Wilayah, En. Sulong Jamil telah membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar lidah rasmi, Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara keadilan. Laporan polis yang dibuat di Slim Rivers itu juga mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan Felda dan memporak-perandakan keharmonian masyarakat Felda. Mereka juga mendesak pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak menyambung kelulusan permit kepada akhbar tersebut.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.