SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, June 08, 2010

PESAN TUN KEPADA KITA


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar rakyat memberikan masa dan ruang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia dan memantapkan pembangunan ekonomi negara.Beliau berkata bukanlah perkara mudah bagi Najib untuk memulihkan keadaan di dalam negara pada masa ini tetapi masalah yang melanda perpaduan dan ekonomi negara boleh diselesaikan jika rakyat berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dengan memberikan sokongan yang padu.

"Kalau (Najib) melakukan sesuatu yang tidak baik, tegurlah tetapi kalau dia melakukan yang baik, sokonglah pemimpin kita supaya dia akan dapat kekuatan daripada sokongan kita.Apabila mendapat sokongan yang kuat, dia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Sudah tentu pemimpin lemah tidak dapat melindungi kita. Sama juga dengan apa-apa kumpulan, pemimpin yang lemah tidak akan memberi manfaat kepada kita," katanya.

Tun berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Bersama Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad sempena acara Jom Gegar Tanjung Karang.Untuk Najib menjadi kuat, beliau perlu mendapat sokongan daripada rakyat tetapi pada masa yang sama Perdana Menteri perlu mengambil berat akan tuntutan rakyat yang merupakan pengikutnya, kata Dr Mahathir.

Selain itu orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politiknya kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, orang Melayu telah terpecah kepada tiga. Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik sokongan orang Melayu kepada pihak Kerajaan Persekutuan hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya.

Beliau berkata jika orang Melayu berpecah dan lemah ia bukan sahaja membawa keburukan kepada orang Melayu sahaja tetapi bukan Melayu dan juga negara.Kekayaan negara mesti diagih-agihkan sama rata dan pada masa sama jangan pula ada pihak yang menekan mahu hak mereka sama rata dengan orang Melayu yang masih jauh ketinggalan, tambahnya.

Apa untungnya orang Melayu jika mereka bergantung kepada DAP? Sila bagi pandangan kerana dalam pakatan pembangkang, yang menjadi "master mind" adalah DAP. Orang Cina telah menguasai ekonomi negara cuma mereka kurang berkuasa justeru melalui DAP maka mereka mensasarkan PRU-13 akan menjadi milik mereka demi mendapatkan kuasa. Melayu PKR dan PAS hanya digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja. Pembangkang berkuasa maka PETRONAS dan FELDA adalah perkara pertama yang akan mereka kuasai. Buktiya, apa tujuan peruntukan tahunan RM4 juta kepada Mazlan Aliman melalui ANAK untuk memburuk-burukkan FELDA..dan daripada mana mereka mendapat dana yang begitu besar ini??

Samada sedar atau tidak, sasaran mereka semakin hampir! Dalam hal ini siapa yang untung dan siapa yang rugi? Penyokong PKR dan PAS, anda boleh berikan pandangan dan respon. KAFELDA amat hargai.Tepuk dada tanya iman......suruh Anwar bersumpah sebelum kami mendengar pandangan beliau..

Fikir-fikirkanlah..ayuh mendaftar sebagai pengundi jika anda masih belum mendaftar!

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.