KUANTAN - Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang apabila sebuah rumah papan di Felda Bukit Sagu 1 di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemilik rumah yang juga ibu tunggal kepada sembilan anak menyedari bahagian biliknya terbakar sejurus selepas keluar dari bilik air untuk berwuduk sebelum bergegas mengejutkan dua anak lelakinya yang nyenyak tidur di dalam bilik. Zainib Idris, 60, berkata, sejurus selepas itu dia bertindak keluar rumah bagi meminta pertolongan jiran yang kemudiannya menghubungi bomba untuk memadamkan kebakaran. Dua anaknya iaitu Khairi Affendi Ramli, 35, dan Khairil Azwan, 31, hanya mampu menyelamatkan beberapa helai pakaian termasuk baju sekolah anaknya kerana usaha mereka untuk menyelamatkan barangan berharga gagal disebabkan api yang semakin marak.
“Usaha jiran-jiran terdekat untuk menadah air bagi memadamkan kebakaran tidak dapat membantu memandangkan aliran air yang begitu kecil sejak tiga hari lepas. “Jadi kami sekeluarga tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menyaksikan rumah hangus terbakar dalam masa setengah jam sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa perabot dan barangan lain di mana jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM80,000. “Wang tunai sebanyak RM300 untuk membayar bil air dan elektrik serta buku bank juga habis terbakar namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga sempat menyelamatkan diri dan tidak terkorban dalam kebakaran ini.
“Bagaimanapun saya berasa sedih melihat rumah peninggalan arwah suami, Ramli Samad musnah selepas 30 tahun kami sekeluarga menetap di sini,” katanya.
Lanjut di : http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7725399.asp
Nota :
KAFELDA dimaklumkan oleh sahabat yang berada di Felda Bukit Sagu 1 bahawa pihak FELDA dan ADUN telah melawat rumah tersebut. Sumbangan peribadi juga telah dihulurkan dan pihak FELDA sedang berusaha membantu bagi mendirikan semula rumah yang terbakar tersebut.

No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.