SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 22, 2010

PANDANGAN DARIPADA GENERASI BARU FELDA

Membaca satu artikel dari sebuah portal berita semalam, membuatkan saya tertanya-tanya. Di dalam artikel tersebut, mereka telah membandingkan pendapatan Felda Holdings dengan Sime Darby Group, IOI Group dan Wilmar International. Kalau mengikut jadual statistik yang di buat, memang orang akan membuat penilaian yang negatif. Yalah, mana tak pelik melihatkan pendapatan Felda yang tak begitu memberansangkan langsung.

Namun, kita semua lupa untuk bertanya, apakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan itu mempunyai program untuk pekerja atau masyarakat seperti apa yang telah di lakukan oleh Felda? Cuba kita lihat antara beberapa program yang telah di lakukan oleh Felda :
1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.
2) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.
3) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.
4) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.
5) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.
6) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.
7) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.
8) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).
9) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.
10) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.
11) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.
12) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.
13) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.
14) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.
15) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.
16) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.
17) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah bermula dari tahun 2006.

Sumber : Keluaran Khas Utusan Malaysia - Felda Aspirasi Glokal 7 Julai 2010)

Apa yang ditulis di atas hanyalah sebahagian dari program-program yang telah dilaksanakan oleh Felda. Cubalah kita bertanya dengan ikhlas, adakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan mempunyai program-program sebegini?

Kalau tidak kerana jasa baik daripada pihak Felda ini dan tiada perancangan rapi pihak Kerajaan dan rezeki kita menjadi anak Felda, agak-agaknya di mana kita sekarang ya?

Pandangan drp blog : http://warisanfelda.blogspot.com/

3 comments:

  1. Salam tuan blog..

    Itulah fakta, yang org selalu lupa..Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

    ReplyDelete
  2. FELDA adalah untuk membantu rakan2 saudara mara di kampung dan kawasan luar bandar..semua tuh adalah orang Malaysia dan orang melayu kalau tidak kawan dan saudara kita

    Sime Darby pula ambil pekerja ladang dari India dan Pakistan, kos lebey murah

    Wilmar pula buka ladang di Indonesia,

    so memang bukan playing field yang sama..

    FELDA kalau untung pun kongsi dengan peneroka

    kalau SIme DARBY< IOI, dan WILMAR untung banyak pun akan diberi kepada pemegang saham..ada pekerja india di ladang IOI bole beli kereta, ada pekerja indonesia di ladang Sime Darby bole hantar anak pergi kelas tambahan...mesti la tiada..

    tapi orang kalau nak rasa untung FELDA bole la join FELDA, bole suruh ahli politik dgn reporter yang tak pandai tuh join tanah rancangan pergi cucuk tanam kat FELDA dan duduk kerja kat Ladang SIME DARBY bawah mandur macam askar...

    ReplyDelete
  3. KEPADA SELURUH WARGA FELDA, PERTAHANKANLAH FELDA KERANA IANYA LAMBANG PERJUANGAN BANGSA YANG BERMARUAH....FELDA DILAHIRKAN ATAS RAHMAT DAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK DITEBARKAN KEPADA SELURUH WARGA PENEROKA BAGI MEMBINA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK....INGATLAH PERJUANGAN DAN KERINGAT SETIAP WARGA FELDA YANG TUMPAH DI BUMI BERTUAH INI ADALAH JIHAD....JIHAD BAGI MEMBASMI KEMISKINAN DAN SUSAH..KERANA KEMISKINAN ITU BOLEH MEMBAWA KEPADA KUFUR.....DI DALAM FELDA KALIAN DAPAT MENGUBAH LANDSKAP KEHIDUPAN AGAR LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA....TANPA FELDA SIAPALAH ANDA....MUNGKIN SAHINGGA SAAT INI ANDA BELUM MAMPU UNTUK MEMILIKI SEBIDANG TANAH UNTUK DITEROKA....ATAU MUNGKIN SAHINGGA KINI ANDA MASIH LAGI KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG BAGI MENERUSKAN SURVIVAL HIDUP...OLEH ITU JADILAH SEORANG INSAN YANG TAHU BERSYUKUR..KERANA DENGAN SYUKUR ITU ALLAH AKAN MENAMBAHKAN LAGI REZEKI BUAT KALIAN..KALAU TIDAK DI DUNIA MUNGKIN IA AKAN DILUNAS DIAKHIRAT NANTI....SEBALIKNYA KIRANYA ANDA KUFUR AZAB ALLAH AMATLAH PEDIH......NASIHAT SAYA, USAH TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PEMBANGKANG....MEREKA TIADA PUN SEBESAR ZARAH MENABUR JASA DAN BUDI DI BUMI FELDA.....MEREKA ADALAH PEROSAK...MEREKA ADALAH DEDALU YANG BAKAL MEROSAKKAN POKOK YANG DITUMPANGI MEREKA.....PERCAYALAH SEANDAINYA AGENDA MEREKA BERJAYA.....KALIAN AKAN DIABAI DAN DITINGGLKAN BERSENDIRIAN....DAN ANDA SENDIRILAH YANG MENENTUKAN UNTUNG NASIB KALIAN....DI SAAT ITU SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT...NASI SUDAH MENJADI BUBUR,YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN......MENDENGAR GURUH DI LANGIT AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN.....INGATLAH KATA-KATA HIKMAT ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK YG MERUPAKAN PENGASAS FELDA " FELDA ADALAH TANAH YANG BAIK DAN HANYA UNTUK ORANG YANG BAIK" BERDASARKAN KATA-KATA TERSEBUT KALIAN PERLU PERTAHANKAN FELDA DENGAN SEGALA KHUDRAT YANG ADA, KERANA SESUNGGUHNYA FELDA ADALAH LAMBANG PERJUANGAN BANGSA DAN AGAMA......HANYA FELDA MERUPAKAN IKON BANGSA DAN TEMPAT ANAK BANGSA BERNAUNG DAN BERBUDI.......DI SINI SAYA SELAKU RAKAN SEBANGSA DAN SEAGAMA TURUT MENDOAKAN AGAR FELDA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SEPANJANG MASA......AMIN........yang ikhlas ZUL JELI,KELANTAN.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.