SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 08, 2010

SELAMAT HARI PENEROKA


Selamat Hari Peneroka kepada seluruh warga FELDA. Kami bangga jadi anak FELDA. Tanpa FELDA siapalah kami pada hari ini.

Tahniah buat Rancangan Felda Keledang Kota Tinggi yang berjaya memenangi Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) dengan hadiah sebanyak RM1 Juta. Rancangan lain ayuh sama kita berusaha ke arah itu untuk tahun hadapan..

FELDA JADI IKUTAN NEGARA ISLAM

SUNGKAI: Datuk Seri Najib Razak semalam menghuraikan pencapaian dan kejayaan FELDA selepas ditubuhkan sejak 54 tahun lalu termasuk kejayaan besar menggerakkan mobiliti sosial di negara ini khususnya kepada kira-kira 1.6 juta keluarga peneroka yang hanya bermula dengan penerokaan hutan di Lurah Bilut, Pahang. Perdana Menteri berkata, FELDA kini menjadi organisasi sosioekonomi terbesar yang terbabit dalam pembangunan negara sehingga menjadi contoh serta ikutan kepada negara Islam dan negara membangun lain.

Katanya, selain ladang komersial bernilai RM10 bilion dan wang tunai RM1.3 bilion yang dimiliki ketika tidak termasuk wang pelbagai anak syarikatnya, FELDA mempelbagaikan pelaburan termasuk dalam bidang hartanah dan pasaran saham dengan nilainya kini meningkat berkali ganda dan memperoleh keuntungan lumayan jika dijual.

Sebagai contoh, FELDA membeli beberapa saham terpilih yang disenaraikan di Bursa Malaysia termasuk Maybank dan Malaysia International Shipping Corporation (MISC) pada harga RM844 juta yang kini harganya meningkat lima kali ganda dan memungkinkan agensi itu memperoleh RM4.6 bilion jika menjualnya sekarang. Jika difikirkan keadaan Lurah Bilut dulu (tanah hutan rimba yang diteroka), tentu tiada siapa dapat membayangkan FELDA boleh membina menara pencakar langit di sebelah Menara Berkembar Petronas (KLCC). Nilai pasaran hartanah di situ yang dibeli FELDA pada 2008 adalah RM935 kaki persegi dan sudah melonjak kepada RM1,500 kaki persegi..hari ini, jika kita mahu jual bangunan itu senang-senang boleh untung RM300 juta, katanya ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka 2010, di Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak di sini yang dihadiri kira-kira 10,000 peneroka dari seluruh negara, semalam.

Najib berkata, FELDA membuat pelaburan jangka panjang termasuk di Amerika Utara terutama di Kanada dan Connecticut, Amerika Syarikat bagi menembusi pasaran global dalam usaha meningkatkan pemasaran sawit dan produk dihasilkan daripadanya di peringkat antarabangsa yang membantu meningkatkan lagi harga komoditi itu. Beliau berkata, kejayaan dan keuntungan FELDA dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) hasil kepelbagaian pelaburan itu membolehkan agensi itu mengeluarkan zakat bernilai RM26.29 juta tahun lalu, bertambah RM4.93 juta atau 23.07 peratus berbanding RM21.36 juta pada 2008. Katanya, keuntungan itu juga membolehkan FELDA mengeluarkan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM603 juta kepada 19,546 pemohon di bawah Skim Pinjaman Pembesaran Rumah bagi membolehkan peneroka dan keluarga meningkatkan kualiti hidup dan tinggal di rumah lebih selesa.

Najib juga berkata, FELDA sudah membelanjakan RM2.4 bilion untuk program tanaman semula sawit dan getah yang dijangka mula mengeluarkan hasil tahun depan. Najib juga mengumumkan pemberian duit raya atau dividen kepada 112,535 peneroka di 317 rancangan FELDA di seluruh negara yang jumlahnya akan diumumkan pada minggu pertama Ramadan.



Maklumat lanjut di :


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FELDAjadicontohikutannegaraIslam/Article

1 comment:

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.