SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, July 04, 2010

PROGRAM JEJAK ANAK FELDA 2010 [JAF'10] - PERSADA UNIVERSITI MALAYA


PERSADA Universiti Malaya akan menganjurkan Program Jejak Anak FELDA pada 15hb. Julai 2010 bermula jam 10.30 pagi hingga 16hb. Julai, jam 4.30 petang bertempat di Ruang Legar Auditorim Kompleks Perdana Siswa UM (berhampiran mesin ATM).

Program Jejak Anak Felda ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa baru Universiti Malaya sesi 2010/2011 mengenai Sekretariat Permuafakatan Siswa/i Felda (PERSADA) yang baru ditubuhkan pada Februari 2010.

Fokus utama program ini adalah bagi menambah keahlian sekretariat dan memberi saluran informasi kepada mahasiswa/i Universiti Malaya yang berasal dari tanah rancangan Felda khususnya dan seluruh mahasiswa/i Universiti Malaya amnya. Selain itu, program ini juga bertujuan menjalinkan hubungan baik antara ahli PERSADA Universiti Malaya terutamanya mahasiswa tahun satu. Program ini juga dapat menjadi platform kepada mahasiswa/i Felda khususnya dalam membina keyakinan dan kekuatan diri dalam berorganisasi.

OBJEKTIF

~Untuk memberi sumber maklumat dan informasi terkini kepada mahasiswa/i Universiti Malaya mengenai penubuhan Sekretariat PERSADA.
~Untuk memberi peluang kepada generasi Felda bagi mendaftar diri sebagai ahli PERSADA secara sah.
~Untuk menghubungkan Sekretariat PERSADA kepada ahli disamping dapat mempromosikan Sekretariat PERSADA di Universiti Malaya

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.