SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 01, 2010

BANTAHAN PENEROKA DI PEJABAT SUARA KEADILAN







Shah Alam, semalam seramai hampir 400 orang peneroka dari rancangan Wilayah Trolak, Perak dan Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan telah melakukan perhimpunan aman di hadapan pejabat Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Seksyen 13, Shah Alam. Memorandum bantahan telah diserahkan oleh Sdra. Azizi Ngah Mat Daud, Presiden Majlis Belia Felda (MBFM) Negeri Selangor kepada Shamsul Iskandar Mat Akim, Ketua AMK yang juga peguam akhbar milik parti PKR itu. Bantahan ini adalah berikutan kenyataan fitnah akhbar tersebut yang bertajuk "FELDA Bankrap". Dalam perhimpunan tersebut, mereka telah membakar akhbar Suara Keadilan sebagai protes. MBFM dan peneroka FELDA telah mengingatkan mereka dan memberi amaran bahawa masyarakat FELDA tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat FELDA.

.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.