SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, October 31, 2010

FELDA VS FITNAH SUARA KEADLIAN


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof (Sivil 7) telah membenarkan permohonan FELDA untuk memasukkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Ke-3 iaitu Pelita Koridor Sdn Bhd (Syarikat Penerbitan Suara keadilan) dan Defendan Ke-4 iaitu Percetakan NPK Sdn Bhd (Syarikat Percetakan Suara Keadilan) kerana kegagalan pihak-pihak tersebut memasukkan kehadiran di dalam saman fitnah RM200 juta terhadap Suara Keadilan berkenaan dengan penyiaran artikel ‘Felda Bangkrap’ pada 22 Jun 2010 – 29 Jun 2010.

Mahkamah juga turut memerintahkan bahawa Defendan Ke-3 dan Defendan Ke-4 membayar kos kepada FELDA, yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah. Jumlah gantirugi yang perlu dibayar kepada FELDA pula akan dinilaikan oleh Mahkamah. Saya percaya bahawa kedua-dua defenden di atas akan mencari peguam dan akan memohon supaya mahkamah mengetepikan Penghakiman Ingkar tersebut tetapi sekurang-kurangnya telah menampakkan bahawa usaha FELDA mengambil tindakan undang-undang adalah wajar. Sekurang-kurangnya tindakan ini dapat memberi pengajaran yang bermakna kepada mereka yang terlibat.

Walau pun, saya kira kes ini masih belum selesai sepenuhnya tetapi saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya peguam-peguam yang ada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Sivarasah Rasiah dan Latifa Koya?

Mengapa kedua-dua peguam ini tidak mewakili Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd sedangkan kedua-dua syarikat tersebut merupakan pihak yang berkepentingan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Adakah Sivarasah dan Latifa Koya tahu bahawa kedua-dua syarikat ini akan kalah dalam kes saman fitnah oleh FELDA? Atau Sivarasah dan Latifa Koya mengenakan yuran guaman yang terlalu tinggi sehinggakan kedua-dua syarikat ini tidak mengambil peguam untuk mewakili mereka?

Saya masih ingat lagi Sivarasah dan Latifa menjadi ‘hero’ dan bertindak mewakili 766 orang peneroka Felda Serting Hilir dan Raja Alias. Tuntutan saman berjumlah RM200 juta tersebut telah difailkan Mahkamah Tinggi Seremban 2 pada 9 Ogos 2010 lalu. Mungkin bayaran khidmat guaman yang diterima daripada peneroka-peneroka FELDA lebih menguntungkan daripada membela Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kpd anak2 FELDA yg mendpt at least 3 credit dlm mana2 subjek dan ingin meneruskan pengajian sila hubungi saya > Zahidah Abd Karim 016-2131074.
    Tiada yuran pendaftaran dan pembiayaan yuran pengajian akan diuruskan kpd yg layak mengikut terma dan syarat. Malaysian Academic & Skills Advancement College.

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan,

    Saya ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yang begitu mantap dengan artikel2 yang bernas. Saya memang mengikuti perkembangan blog Tuan sepanjang masa.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap terutamanya buat tatapan Anak2 Peneroka FELDA.

    Saya akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang dalam memanipulasi sumbangan dan kerja keras yang tlh diterapkan dalam memajukan Anak2 Peneroka FELDA.

    Sila baca artikel saya Mengenai Mazlan Aliman di blog saya.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2010/11/felda-kini-di-ambang-maut_09.html

    Saya tlhpun linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

    Saya berharap Tuan juga dapat linkkan blog saya ke dalam senarai blog Tuan kepada pengunjung di blog anda.. Ianya penting terutamanya dalam menempelak segala dakwaan dan fitnah pembangkang terutamanya mengenai FELDA.


    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger GELOMBANG RAKYAT.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Kami Anak FELDA.

    GWM amat berbesar hati jika sekiranya saudara sudi linkkan bersama blog saudara bersama blog picisan kami, agar isu dan keluhan warga FELDA diketahui umum.

    GWM juga turut menyokong langkah saudara untuk menepis fitnah dan momokan pembangkang melalui artikel kami mengenai Mazlan Aliman dan PAS.

    http://mediawangsamaju.blogspot.com

    Salam Perjuangan ... MELAYU ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Terima kasih buat semua sahabat yg memberikan pandangan dan nasihat. Insyaallah kita akan sama melakukan yg terbaik buat semua. Maaf atas segala silap dan salah. All the best buat semua!

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.