SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Saturday, January 01, 2011

SELAMAT DATANG 2011, MOGA FELDA TERUS GEMILANG

Begitu cepat masa berlalu. Kini, tahun 2011 sudah menjelma. Mengenang sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 yang kini genap 500 tahun ianya berlaku disebabkan perpecahan dalaman angkara perbuatan si Kitol.

Bersama kita doakan semoga tahun 2011 akan menjadi tahun yang bertuah buat para peneroka FELDA. Tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Masih kekal dalam ingatan, sewaktu bapa diterima dan mula menjejakkan kaki ke tanah rancangan Felda (bersekolah di Darjah 2), suasana yang amat menyiksakan. Jalan kecil bertanah merah yang menghubungkan kami, rumah kayu dengan suasana dikelilingi hutan tanpa dan sesekali emak akan mengeluh panjang mengatakan kebimbangan jika ayah keluar bekerja kerana risaukan binatang buas seperti harimau, gajah, babi hutan dan beruang.

Namun kini, semuanya sudah berubah. Bapa tidak perlu bertungkus lumus ke ladang lagi. Paginya bersarapan di kedai kopi dan tanpa sebarang kerja, hasil sara hidup sebanyak RM1,500 dan ke atas sudah cukup membuktikan bahawa duit kini bukan masalah lagi kepada keluarga kami. Usaha bapa mengusahakan kedai runcit memberi peluang kepada bapa menambah pendapatan. Rumah kami kini sudah besar dengan dikelilingi landskap yang menarik, adik-beradik yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing, tanah rancangan yang kini mempunyai infranstruktur yang lengkap seperti dewan, sekolah, sekolah agama, padang futsal dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa yang ada di bandar kini akan ada di tanah rancangan FELDA. WiFi yang menjadi kegilaan generasi terkini juga sudah dapat diakses di rumah kami.

Nasihat kami, bersamalah kita belajar menjadi insan yang tahu berterima kasih. Di waktu kita susah, tiada siapa yang memandang kesusahan kita. Mereka hanya mengambil peluang di waktu kita semakin senang kini. Masih segar dalam ingatan, Tuan Haji Rosli, Pengurus FELDA ketika itu yang bertungkus lumus membantu membawakan borang dan memastikan kami adik beradik masuk ke universiti. FELDA membantu dan melayan kami dengan baik. Justeru, kenanglah segala kebaikan yang dilakukan dan andai ada keburukan maka bersamalah kita memperbetulkannya. Bukan terus mengutuk, mengata dan menyalahkan FELDA semata! Jangan jadi manusia yang lupakan kulit..

FELDA, terima kasih atas segalanya. Tanpa FELDA, siapalah kami pada hari ini. Terima Kasih FELDA. Terima kasih Allahyarham Tun Abdul Razak. Terima kasih Kerajaan!!

1 comment:

  1. Felda sememangannya sudah cemerlang sejak 50 tahun yang lalu........semakin cemerlang untuk membela nasib warga peneroka serta generasinya... syabas Felda....

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.