SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, November 18, 2011

KENAPA PENEROKA PERLU SEDAR TENTANG KES SAMAN FELDA...........

Tindakan saman oleh peneroka Felda bermula di Felda Kemahang 3 yang melibatkan 354 orang peneroka. Saman ini diusahakan oleh peguam Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS). 


Tetuan Wan Rohimi & Asmadi (PAS) menuntut RM12,557,512.80 kepada FELDA tetapi sebenarnya 30% daripada nilai tuntutan tersebut adalah milik peguam (komisyen) iaitu RM3,767,253.80 dan bakinya RM8,790,259.00 dibahagikan kepada 354 orang peneroka. 



Ini bermakna seorang peneroka hanya mendapat RM24,831.24 sahaja. Itu belum lagi ditolak dengan kos-kos lain yang dikenakan oleh peguam. Yang menjadi kaya peguam pembangkang manakala peneroka diperbodohkan.

Setiap pertikaian boleh diselesaikan di meja bulat. Mereka-mereka ni hanya mengambil kesempatan atas kelemahan orang je. Sedarlah wahai PENEROKA FELDA..............jangan menyesal di kemudian jari. Ambil iktibar dari apa yang jadi. Jangan hanya jadi macam kerbau dicucuk hidung ikut kemana sahaja tapi tidak tahu apa hala dan tujuan sebenar. 

Semoga FELDA akan terus maju....Amin ya rabalalamin....

1 comment:

  1. PESAN UNTUK PENEROKA
    BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI
    HUTANG DIBAYAR HINGGA SELESAI-PERLU DIJAGA JANGAN TERGADAI


    http://apofelda.blogspot.com
    apofelda@yahoo.com

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.