"Selepas beberapa hari peneroka Felda Gugusan Chini membuat keputusan menyaman Felda, sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang pula menyatakan hasrat yang sama.
Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka berkenaan bakal memfailkan saman terhadap isu penyelewengan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG)- antara isu utama yang membelenggu peneroka Felda seluruh negara."
Pernah tak kita terpikir kenapa semua ni berlaku? memang tidak dinafikan peranan "penghasut" ni tapi apakah rasional disebalik semua ni?
Mungkin PM kita dah nampak di mana kesilapan itu berlaku. Oleh yang demikian PM mahukan pelan tranformasi FELDA secara besar-besaran berlaku. Tugas yang sepatutnya dipikul dan dibeban oleh seorang dipecahkan agar lebih fokus kepada komitmen masing-masing.
Tapi dalam masa yang sama ada juga pihak yang tidak berpuas hati......kenapa pula perkara ni perlu berlaku? Bila "nikmat" ditarik balik muka manis pun masam macam cuka jadinya.....
Apa-apa pun kepentingan peneroka yang PM utamakan dari kepentingan individu sebab itulah beliau merangka dan melaksanakan pelan tranformasi ini. Usaha beliau untuk menaikkan taraf hidup peneroka FELDA sentiasa di kepala beliau kerana itulah amanah dan wasiat yang telah beliau ambil alih dari ayahanda beliau.
Mana mungkin PM hendak menghancurkan impian warga FELDA khasnya dan harapan Allahyarham Ayahandanya.......
Semoga segala usaha murni Beliau dirahmati Allah........
PESAN UNTUK PENEROKA
ReplyDeleteBAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI
HUTANG DIBAYAR HINGGA SELESAI-PERLU DIJAGA JANGAN TERGADAI
http://apofelda.blogspot.com
apofelda@yahoo.com