Tanah ladang Felda telah dibayar premium dan dikeluarkan surat hak milik kepada Felda. Kadar bayaran premium dan cukai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri adalah sama seperti yang dibayar oleh ladang swasta. Malah terdapat kadar bayaran premium yang lebih tinggi dibayar kepada Kerajaan Negeri sebelum surat hak milik dikeluarkan kepada Felda.
Tanah-tanah ini telah dikeluarkan hak milik kepada Felda secara sah dan tidak tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
Ini bermakna tanah-tanah yang diurus oleh Felda adalah sama statusnya dengan tanah yang diberi milik kepada ladang swasta. Pada masa ini Felda membayar cukai tanah tahunan kepada Kerajaan Negeri sama seperti yang dibayar oleh pihak swasta.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.