SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, February 13, 2012

Sapa Kata FELDA kejam dengan bebankan PENEROKA dengan hutang....?

  Sebenarnya peneroka banyak mendapat faedah dan kemudahan untuk meringankan beban hutang peneroka. Ketika harga komoditi jatuh dan dalam keadaan harga yang tidak menentu, paras pendapatan peneroka turun naik dan keupayaan membayar balik pinjaman turut terjejas. Bagi meringankan beban peneroka, FELDA mengambil beberapa keputusan membantu peneroka. Antara keputusan terpenting ialah:


  1. Pada tahun 1974, FELDA bersetuju untuk menghapuskira sebahagian dari hutang-hutang peneroka bagi rancangan getah berkeluasan 6,7 dan 8 ekar. Peneroka rancangan getah didapati kerap mengalami kemerosotan pendapatan kerana harga getah yang rendah dan dengan itu, peneroka tidak mampu menjelaskan Bayaran Kembali (BK). Hutang yang dihapus kira ini adalah merupakan perbezaan di antara kos pembangunan sebenar dengan kadar dan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada peneroka. FELDA bersetuju dengan kadar bayaran kembali kepada peneroka ditetapkan pada kadar RM 750.00 seekar bagi keluasan kebun 6 ekar, RM 1,050.00 seekar bagi keluasan kebun 7 ekar dan RM 1,200.00 seekar bagi yang luas 8 ekar. Jumlah yang dihapuskan oleh FELDA ialah RM 156.6 juta.
  2. Getah kerap mengalami harga turun naik di pasaran. Tatkala harga jatuh, keupayaan peneroka membayar hutang turut terjejas dan BK tertunggak. Bagi meringankan beban peneroka, FELDA mengambil keputusan menghapuskan tunggakkan BK peneroka rancangan getah berjumlah RM 94.7 juta.
  3. Dalam tahun 2001 hingga 2002, kedua-dua harga sawit dan getah merundum sehingga pendapatan peneroka terjejas teruk. Skim sokongan harga diperkenalkan oleh FELDA dengan tujuan membantu peneroka bagi tempoh ini atas kadar RM 12/mt bagi sawit dan RM 0.15/kg bagi getah. Skim ini melibatkan kos ditanggung FELDA berjumlah RM 52.01 juta.
  4. Pembiayaan lain turut diluluskan dan dimansuhkan oleh FELDA seperti tunggakan hutang kedai RM 11.4 juta, tapak semaian getah dan sawit RM 33.52juta, kos rancangan di kawasan keselamatan atau KESBAN RM 18.4 juta dan akaun peneroka RM 117 juta.
Oleh yang demikian tidak wajar dan salah apabila ada segelintir "ORANG" mengatakan FELDA kejam dengan membebani peneroka dengan hutang yang tidak habis habis.

Buka mata dan lihat dengan mata hati dimana kejujuran FELDA membantu peneroka selama ini.

KENANGILAH JASA FELDA...dan bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan melalui FELDA.........

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.