SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, February 03, 2012

Petikan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang penyenaraian FGVH


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.
Perdana Menteri berkata para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
“Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.
“Itu semua hasutan dan mainan politik… mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini, hari ini.
Najib berkata sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.
Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.
“Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lepas, peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
“Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai dan ia mungkin melebihi RM500,” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
Katanya sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.
“Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab,” katanya.
Sumber : Bernama

1 comment:

  1. Bukan warga Felda, nak rasanya juga tumpang sesuap nasi keuntungan jika penyenarain itu boleh bagi faedah kepada orang luar Felda.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.