Akta Keterangan (Pindaan 2012) heboh diperkatakan sebelum pelaksanaannya dan hari ini penguatkuasaan akta ini sudah bermula. Maknanya, segala isi kandungan akta ini perlu diambil tahu oleh pengamal media baru iaitu mereka yang menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat. Bila taip di google, Akta Keterangan (Pindaan 2012) banyak pautan ditemui dan bila meneliti satu persatu banyak pendapat yang ditemui… ada yang sinis-sinis tidak bersetuju, ada yang berdiri atas pagar dan tidak kurang pula membangkang pelaksanaan Akta Keterangan Pindaan 2012 ini.
Kebaikan Akta Keterangan Pindaan 2012Mengurangkan jenayah siber. Mewujudkan etika penulisan dan komunikasi siber. Pengguna internet akan lebih bertanggungjawab dan matang dalam menyampaikan maklumat serta memberi pendapat. Menjaga hak milik dan privacy kepenggunaan internet anda. Dengan adanya akta ini ianya pasti memberi kesan pada penggunaan media sosial yang semakin berleluasa di kalangan kita. Soal ianya dipolitikkan, disindirkan, ianya terserah kepada individu itu sendiri menilainya tapi yang pasti akta ini sudah berkuatkuasa hari ini… 1 Jun 2012. Aku mengambil jalan mudah, bagi ku, fikirkanlah positifnya kerana apabila anda berfikir positif, everything gonna be ok.
Sebagai blogger dan pengamal media baru pun, aku tidak rasa tercekik kerana bagi aku, berniat baik pasti akan baik juga akhirnya meskipun tulisanku ada yang menimbulkan pelbagai tanggapan atau provokasi di minda sesiapa pembacanya. Malu bertanya sesat jalan, rajinlah bertanya kerana bertanya itu sebahagian dari proses menuntut ilmu.
Berita berkaitan Akta Keterangan Pindaan 2012Dewan Rakyat lulus RUU Kanun Tatacara dan Keterangan:
18 April 2012KUALA LUMPUR – Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat hari ini.Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untukmelakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran.“Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran,” katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata, penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.Katanya, pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.“Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanyakesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung,” kata beliau.
Justeru, Nazri berkata, tujuan peruntukan anggapan berasaskan ‘owner-onus principle’ adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu.Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet. – Bernama
#pada yg selama ni dok hentam Felda guna unknow profile jgn ingat anda selamat ye :-)
No comments:
Post a Comment
KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.