Dalam siri yang lalu kafelda ada menceritakan tentang nasib peneroka yang membuat injuksi terhadap EGM KPF......
Baru-baru ini selepas pengumuman durian runtuh oleh PM kesayangan kita maka sibuklah para petugas untuk menyalurkan wang tersebut di tanah rancangan masing-masing melalui cek yg dikeluarkan atas nama peneroka iaitu fasa pertama pembayaran durian runtuh.
Dalam pada sibuk-sibuk sewaktu pemberian cek tersebut banyak mata yang melihat dengan rasa tak sabar tentang 8 peneroka yang memfailkan injuksi tersebut. Kelihatan seorang demi seorang dari mereka datang untuk mengambil cek tersebut. Tak kurang juga ramai peneroka yang menyindir mereka itu di atas perbuatan mereka.
Ada diantara mereka yang merah telinga dan terus balik dan ada juga yang tebal telinga ambil juga cek tersebut.
Takpelah rasanya mereka dah belajar sesuatu dari apa yang berlaku. "Durian Runtuh" ini bukan sekadar rezeki dari Allah tetapi juga bukti bahawa Felda melalui kerajaan tidak bercakap bohong dan kosong. Janji mesti ditepati.
Semoga 8 orang tersebut telah sedar perjuangan mereka bersama Mazlan Aliman tidak kemana. Perjuaangan yang sia-sia. Tidak ada satu pun jasa Mazlan Aliman terhadap peneroka selama ini.
Sekiranya niat dia hendak membantu peneroka apalah salahnya dia bersama-sama menyertai Felda dan kerajaan. Ruang dan peluang begitu cerah tapi kenapa memilih jalan yang salah.
Semoga pintu hidayah masih terbuka buat 8 peneroka tersebut dan untuk Mazlan Aliman juga...... AMIN........
Jasa Anak berjaya saman felda dan menyebabkan felda terpaksa bayar bagi pihak yang menipu peneroka dengan jumlah yang lebih besar dari Durian Runtuh!!
ReplyDeletenak tau dari mana datang duit 1.9 b tu beb.bukan duit felda gak ke.sebab tu diorang tak kisah nak abiskan sebab bukan duit diaorang.lagi dari mana datang duit beri kat setiap peneroka 15k tu.mana ada org bisnes beri dulu duit lau tak kena pinjaman wajib untuk saham fgvh tu wei.pastu yang untung cimb yang dah mula goyang nak cari modal.
ReplyDelete