SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, June 29, 2012

Felda melangkah setapak lagi menuju tranformasi. Syabas!!!

Walaupun pelbagai serangan dan rintangan dihadapi oleh FGVH Alhamdulillah tepat jam 9.00pagi bertarikh 28 Jun 2012 FGVH berjaya di senaraikan di papan utama BSKL dengan nilai premium yang sangat baik sebaik dilancarkan.

Maka bermulalah satu fenomena baru kepada peneroka Felda yang mula membuka mata tentang apa itu IPO dan penyenaraian. Sana sini sibuk peneroka bertanya kadar nilai semasa premium FGVH. Lucu pun ada tetapi itulah hakikat yang berlaku di tanah rancangan Felda. Mulut-mulut berkata tentang saham.

Inilah yang cuba ditunjukkan oleh YAB PM kepada warga peneroka. Kebergantungan kepada hasil sawit dan getah kini telah berubah kepada cara saham diurusniagakan. Bukan mudah untuk mengubah mentaliti manusia. Dari seorang peneroka kepada pemegang saham.

Walaupun nilai saham yang ditawarkan kepada peneroka hanya 800 unit sahaja tetapi nilai ilmu yang diperolehi adalah lebih bernilai dari nilai satu unit saham tersebut.

Selain dari 800 unit saham yang ditawarkan FGVH juga memberi nilai keuntungan 20% saham amanah kepada peneroka yang mana hasil keuntungan urusniaga saham FGVH akan dikembalikan kepada peneroka secara percuma dan berterusan. Seandaian peneroka meninggal dunia hasil itu akan diwarisi oleh anak kepada peneroka.

Ada yang mempertikaikan mengapa hanya 800 unit untuk peneroka? Jika dinilai dari 800 unit untuk kesemua 112635 orang peneroka adalah berjumlah 2.5% daripada keseluruhan nilai saham FGVH. Angka itu adalah bertujuan untuk mendidik peneroka supaya membuka mata dan belajar mengendalikan wang yang diperolehi.

Bonus KPF, Duit durian runtuh dan pelbagai lagi habuan kepada peneroka boleh dikembang biakkan dengan pelbagai cara termasuk pembelian saham yang berpotensi tinggi. Ini yang cuba dididik oleh PM kepada warga peneroka.

Ada pepatah berbunyi sekiranya kita hendak memberi makan janganlah kita memberi ikan tetapi berilah ilmu tentang cara menangkap ikan. Kerana ilmu itu bersifat berterusan.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penyenaraian FGVH di papan utama BSKL. Usaha murni anda semua adalah pengajaran terbaik untuk masa depan FELDA.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.