SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Friday, June 29, 2012

Malaysia Di Hormati dan Dicontohi Sebagai Negara Islam


Presiden Republik Guinea, Alpha Conde tertarik dengan Malaysia dan menyifatkannya sebagai negara Islam yg patut diteladani. Katanya, Malaysia banyak terlibat dengan Kerjasama Selatan2 dan kerjasama dalam kalangan negara Islam.

"Guinea sebuah negara Islam dengan 90 peratus rakyatnya menganut agama itu.
Bagi kami, Malaysia adalah contoh negara Islam yang berjaya. Kami berkunjung ke sini untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yg kami dapat di sini," katanya pada mesyuarat dua hala Malaysia-Guinea di Kompleks Perdana Putra. Conde, yg dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke sini mulai semalam, juga memuji kepimpinan Najib.

"Perdana Menteri cukup sederhana. Semua orang tahu tentang pencapaian (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kini, kita lihat Najib meneruskan kejayaan itu," katanya. Conde mempelawa rakyat Malaysia menjalankan perniagaan dan melabur di Guinea, yg sebahagian besar ekonominya bergantung pada sektor perlombongan, pertanian dan perikanan.

Presiden Guinea, Prof. Alpha Conde meminta Malaysia membantu kerajaannya melatih penjawat awam negara itu dalam usaha melahirkan kakitangan sektor awam yg cekap di republik berkenaan. Menurutnya, antara kerjasama yg boleh diadakan adalah melalui penghantaran pegawai2 terpilih dari negaranya untuk menyertai kursus berkaitan khususnya di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini. Dalam masa yang sama beliau berkata, Malaysia juga boleh menghantar pakar2nya dalam sektor awam ke Guinea untuk memberi latihan kepada kakitangan awam negara itu secara lebih meluas.

''Intan telah berjaya menjadi sebuah institut yang mampu melahirkan penjawat awam yg baik dan berdedikasi. Oleh itu, saya kira Guinea dan Malaysia boleh bekerjasama terutama bagi memperkemaskan lagi sektor awam di negara kami,'' katanya. Dalam pada itu, Conde mengakui Malaysia merupakan sebuah negara membangun contoh yang harus diikuti.

''Saya percaya kejayaan yg dikecapi oleh Malaysia adalah hasil daripada komitmen serta kesungguhan kerajaan anda membangunkan sistem pengetahuan yg baik dalam kalangan rakyat ... Oleh itu besarlah harapan saya untuk melihat segala kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia menjadi pemangkin kepada kami bagi meneruskan usaha memajukan lagi Guinea khususnya dalam bidang sektor awam,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.