SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Sunday, July 08, 2012

Jual baju oren busuk pulak dah sekarang?? kantung pun sebat untung gua dapat....


Iklan ini kafelda ambil dari salah satu group felda di facebook....dah beberapa kali kafelda perasan setiap kali ada perhimpunan mesti ada iklan seumpana ini. Dulu kuning...ni dah oren pulak...masa hijau kafelda tak perasan ada atau tidak....

Siapa dia ini? Apa kaitan dia dengan semua perhimpunan-perhimpunan derhaka ini? Maaf kafelda gelarkan perhimpunan derhaka bersebab. Selalunya penganjur akan "sponsor" baju tapi yang ini lain pulak ceritanya. Sehelai baju dijual dengan harga RM15.00. Kalau ikut harga kos sehelai t-shirt macam ni harga boleh dapat dalam RM7.00. Wahhhh!!! banyak untung tu....kafelda pun jual t-shirt jugak dulu so sedikit sebanyak kafelda tahu jugalah harga pasaran macam ni.

Oklah bukan maksud kafelda nak tutup periuk nasi orang lain dengan membuat kenyataan macam ni tapi sekadar nak menegur biarlah kita cari keuntungan berpada-pada dan dijalan yang betul. Apa agenda sebenarnya perhimpunan ini.

Warga FELDA setelah sekian lama hidup aman damai sehinggalah datang kumpulan ini membuat pelbagai andaian yang mengkucar-kacirkan serta menghasut golongan peneroka membenci pengurusan FELDA membenci Kerajaan memecah belahkan masyarakat FELDA yang selama ini hidup dalam muafakat. 

Sehinggakan hal ibadat pun dipolitikkan oleh puak ini. Bila ada kematian yang puak ini tidak menziarah sebab lain baju. Bila puak sini sembahyang puak sana tak nak ikut imam sebab lain baju. Inikah yang kita ingin lihat berlaku dalam masyarakat kita sesama Islam?

Ingat kembali apa asas penubuhan FELDA? Inikah yang berlaku sewaktu peneroka mula-mula masuk ke dalam rancangan meneroka hutan belantara sehingga menjadi komuniti contoh bertaraf dunia? Saling bantu membantu, ziarah menziarah serta bergotong royong dalam semua hal. Sudah lupakah semua itu?


Terlalu banyak keburukkan yang diterjemahkan sekarang melalui mereka ini. Inikah yang warga FELDA mahukan? Belum memerintah sudah banyak masalah. Tak tahulah apa akan jadi kalau mereka memerintah kelak. Selama ini apa yang warga FELDA tidak didahulukan dan diutamakan?

Di sini kafelda akan cuba menjawab setiap usul yang hendak dibawa oleh mereka ini.

1. Pecat Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA
  • kenapa perlu dipecat? Ini adalah amanah YAB PM bagi Tan Sri Isa menerajui kepimpinan FELDA. Sudah jelas pelbagai manafaat di bawah kepimpinan Tan Sri Isa. Salah satunya durian runtuh sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah dalam FELDA. Pengagihan yang adil RM5000 untuk suami RM5000 untuk isteri dan RM5000 untuk anak-anak.
  • Di bawah Tan Sri Isa juga FGV berjaya disenaraikan di Bursa saham. Idea dan kesungguhan Tan Sri Isa bersama kepimpinan FELDA berjaya menangkis setiap percubaan menggagalkan penyenaraian ini. Akhirnya pada FGV berjaya juga disenaraikan.
  • Banyak lagi perihal kebaikkan Tan Sri Isa yang digusarkan oleh mereka. Mereka hanya menceritakan keburukkan tetapi menutup semua kebaikkan. Adakah wajar bersikap begitu? Kalau nak berjuang biarlah jujur dan telus.Janganlah tutup yang baik dan lihatkan yang buruk semata-mata. Setiap manusia ada melakukan kesalahan tetapi adakah wajar dihukum buat selamanya sedangkan banyak kebaikkan yang ada pada dia kita tolak ketepi.
2. Batalkan cagaran tanah FELDA Plantation.
  • Sudah lupakah kita bahawa mereka hendak menutup FELDA Plantation sekiranya mereka memerintah. Atas alasan apa mereka mahu menutup FELDA Plantation ini? 
  • Kerana hasil FELDA Plantation inilah warga peneroka menikmati pelbagai limpahan rezeki. Sekiranya berlaku penutupan FELDA Plantation maka dengan sendirinya maka tiadalah duit raya, tiadalah skim bantuan tuisyen, skim bantuan persekolahan, dan banyak lagi. Hasil pengurusan FELDA Plantation inilah yang menyumbang kepada keuntungan yang diagihkan kepada warga peneroka dalam bentuk skim bantuan dan sumbangan.
  • Cagaran tanah ini tiada kena mengena dengan tanah peneroka. Tanah FELDA Plantation adalah di bawah tanah kerajaan negeri yang dibayar premium oleh FELDA untuk diuruskan sebagai salah satu sumber pendapatan. 
  • Kenapa cagaran diluluskan? Setiap tindakkan adalah berdasarkan persetujuan tuan tanah iaitu kerajaan negeri bagi melakukan sesuatu aktiviti atau tindakkan ke atas tanah di bawah urus takbir FELDA Plantation. 
3. Batalkan pinjaman Bank peneroka.
  • Disini sebenarnya FELDA cuba menzahirkan cara pendidikan secara tidak langsung. Maksudnya? Timbul persoalan mengapa peneroka hanya mendapat 800 unit saham sahaja? Dan segalanya diuruskan oleh FELDA dengan menyarankan Bank-bank terpilih bagi menguruskan pinjaman. Di sebabkan hal tersebut wakil dari pihak bank turun ke rancangan untuk memberi taklimat tentang pengurusan wang dalam pembelian dan penjualan saham. Ini sebenarnya yang perlu dilihat oleh peneroka secara teliti. Terdapat falsafah di dalam buku Poor Dad Rich Dad berbunyi "Money working for rich people but poor poeple work for money". Inilah sepatutnya golongan peneroka cuba dilihatkan melalui pinjaman bank tersebut.
  • Jika dilihat 800 unit darap dengan harga selepas IPO ialah RM4.55 adalah berjumlah RM3,640. Ini bukanlah 100% sebenarnya yang FELDA mahu berikan pada warga peneroka. Jumlah ini adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan 20% Saham Amanah yang bakal peneroka terima setiap tahun hasil daripada keuntungan urusniaga FGV di bursa saham secara PERCUMA. Nilai 20% Saham Amanah yang diterima adalah berbentuk berterusan kepada peneroka dan diwarisi oleh generasi penganti kepada peneroka setelah peneroka meninggal dunia kelak.
  • Didikan cara pengurusan kewangan yang pelbagai adalah sebenarnya disebalik pemberian 800 unit saham tersebut. Dengan limpahan rezeki peneroka hasil dari penjualan hasil ladang dan pelbagai lagi jenis bentuk kewangan yang diterima hendaklah diuruskan bagi menambah income peneroka untuk meletakkan peneroka bertaraf profesional secara tidak langsung. 

4. Selesaikan tuntutan-tuntutan peneroka.
  • FELDA dengan penuh rasa tanggungjawab cuba menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh peneroka. 
  • Penubuhan Majlis Timbangtara adalah salah satu kesungguhan yang dicipta oleh FELDA untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul.
  • Penubuhan beberapa lagi kumpulan sokongan di bawah FELDA seperti BAPAK, MBFM, PERSADA, ISKAF juga menunjukkan FELDA tidak mengabaikan apa jua permintaan yang timbul dari akar umbi di tanah rancangan.
5. Hapuskan hutang-hutang peneroka.
  • Terdapat 112635 orang peneroka yang mendiami 317 tanah rancangan seluruh negara yang dipecahkan dibawah 11 wilayah pengurusan. 
  • Daripada jumlah peneroka itu terdapat ramai yang telah menglangsaikan hutang dan memperoleh geran individu. Mereka boleh membuat keputusan untuk mengurus takbir tanah mereka yang telah  bebas hutang mengikut Kanun Akta Tanah GSA 1960. 
  • Satu persoalan yang perlu dipikir mengapa ada yang boleh melangsaikan hutang dalam masa yang tertentu dan ada yang tidak? Sedangkan mereka diberi jumlah keluasan tanah yang sama untuk diusahakan?
6. Lindungi tanah peneroka.
  • Lindungi tanah peneroka? Daripada apa? Dan siapa?
  • Sekiranya jawapan itu adalah tanah peneroka akan tergadai akibat daripada penyenaraian FGV dibursa saham sila tunjukkan bagaimana.
  • Tanah peneroka adalah hak milik individu di bawah Akta Kanun Tanah GSA.
  • Tanah peneroka tidak sama sekali termasuk dalam aktiviti penyenaraian FGV di bursa saham.
  • Bukan tanah peneroka yang di pajak oleh FGVH untuk melaksanakan aktiviti penyenaraian tersebut. Tetapi tanah di bawah urus takbir FELDA Plantation yang dibayar premium kepada kerajaan negeri yang menjadi cagaran tersebut. Maka usul ini sama sekali tidak releven. 
7. Jaminan kepentingan masa depan Gen 2 & 3
  • FELDA menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk generasi ke2 dan ke3. 
  • Pinjaman untuk memulakan perniagaan tanpa faedah disediakan oleh FELDA bagi yang layak.
  • Pelbagai kursus pembelajaran disediakan oleh FELDA kepada gen2 dan gen3. Sehinggakan ada anak-anak peneroka sudah pun memegang jawatan-jawatan penting dalam sektor awam dan juga kerajaan. 
  • Terdapat satu kumpulan yang bergelar GAPROF (Gabungan Pemikir Profesional FELDA) yang terdiri daripada anak-anak FELDA yang telah berjaya hasil daripada usaha mereka dan bantuan daripada FELDA.
  • FELDA juga menyediakan bantuan persekolahan bagi membantu meringankan beban peneroka. Bantuan anak masuk ke Universiti mengikut level. Sistem tuisyen percuma, bantuan peralatan alat tulis dan beg percuma. Semua ini tidak diberi kepada kepada gen2 dan gen3 agar mereka mendapat yang terbaik untuk masa depan mereka. 
  • RM5000 untuk durian runtuh juga diasingkan kepada anak-anak peneroka jelas membuktikan bahawa FELDA tidak pernah terlepas pandang generasi ini.
8. Buka FELDA baru untuk generasi baru FELDA.
  • Untuk mewujudkan sebuah komuniti baru banyak aspek perlu difikirkan.
  • Sekiranya pembukaan FELDA baru untuk generasi seterusnya berlaku perkara ini akan berterusan bukan setakat gen2 dan gen3 tetapi gen-gen seterusnya.......tanah Malaysia ini besar mana sehingga semua tanah hendak di FELDAkan oleh kerajaan???
  • Hak warganegara yang lain hendak dinafikan? Mereka juga rakyat Malaysia. Mereka juga ada hak ke atas tanah-tanah di Malaysia.
  • Lihat perkiraan mudah ini : Seorang peneroka mempunyai 2 orang anak (contoh shj) 112635 orang x 2 anak = 225270 orang, Kalau setiap peneroka mendapat 10 ekar tanah untuk diusahakan maka 225270 orang x 10 ekar tanah = 2,252,700 juta ekar tanah baru perlu diteroka. Itu contoh sekiranya anak peneroka 2 orang sahaja. Bayangkan kalau anak peneroka sehingga 4 orang.
  • Sungguh tidak relevan usul ini kerana pembukaan FELDA adalah untuk membantu peneroka mengubah taraf hidup mereka dari golongan rendah ke golongan pertengahan. 
  • Setelah perubahan ini berlaku maka generasi seterusnya hendaklah berdikari serta tidak terus bergantung kepada FELDA semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka. Peluang dan ruang sentiasa diberi untuk generasi FELDA seterusnya agar lebih berdaya saing dan proaktif dalam mengharungi kehidupan di Malaysia ini.

Setelah hujah kafelda ini ditulis maka fikirlah adakah wajar perhimpunan ini dilakukan? Setiap apa yang kita buat dalam hidup kita hendaklah berfakta dan bukan berasaskan politik semata-mata.




1 comment:

  1. pergilah kacau bangsa cina tu....tak abis2 nak pecah belahkan org melayu

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.