SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Saturday, December 08, 2012

Mazlan Aliman kena "tapau" lagi???


Dalam kejadian lewat petang semalam peserta Konvoi Kembara Oren dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) serta penyokong Pas telah membuat cubaan untuk masuk menyebarkan risalah di Felda Selasih, dekat Jertih tetapi telah dihalang oleh peneroka Felda terbabit.

Dalam kejadian yang bermula jam 5.00 petang dan berakhir sejam 6.30 petang itu kira-kira 200 peneroka termasuk isteri serta anak generasi kedua Felda Selasih berhimpunan secara aman dan menyekat kemasukan konvoi di pintu masuk utama rancangan tanah berkenaan.

Peneroka menggunakan wanita sebagai benteng ketika membantah kemasukan 80 kenderaan pacuan empat roda yang menyertai konvoi kembara bermula dari Johor itu.

Konvoi yang diketuai Presiden Analk, Mazlan Aliman mengadakan rundingan dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Felda diketuai Pengerusinya, Alias Abdul Ghani, tetapi pihak JKKF tidak memberi kebenaran.

Selepas berunding kira-kira sejam akhirnya pihak Anak mengalah dan meneruskan konvoi ke Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira jam 6.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya turut menempatkan anggota polis bagi mengawal keadaan tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.



1 comment:

  1. PADAN MUKA MAZLAN ALIMAN. MUKA TAK MALU. NAK ROMPAK DAN RAMPAS FELDA. FELDA TU KERAJAAN BN YANG BUAT BONGOK. BUAT DAN CIPTA LA SESUATU YANG BOLEH BAGI HASIL NI TAK KEJA NAK MEROMPAK JE. NAK SANGAT JADI PENGERUSI FELDA HAKKK PTUIHH TAK LAYAK LA MUKA PENYANGAK MACAM KO MAZLAN OIIII

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.