Dalam kejadian lewat petang semalam peserta Konvoi Kembara Oren dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) serta penyokong Pas telah membuat cubaan untuk masuk menyebarkan risalah di Felda Selasih, dekat Jertih tetapi telah dihalang oleh peneroka Felda terbabit.
Peneroka menggunakan wanita sebagai benteng ketika membantah kemasukan 80 kenderaan pacuan empat roda yang menyertai konvoi kembara bermula dari Johor itu.
Konvoi yang diketuai Presiden Analk, Mazlan Aliman mengadakan rundingan dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Felda diketuai Pengerusinya, Alias Abdul Ghani, tetapi pihak JKKF tidak memberi kebenaran.
Selepas berunding kira-kira sejam akhirnya pihak Anak mengalah dan meneruskan konvoi ke Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira jam 6.30 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya turut menempatkan anggota polis bagi mengawal keadaan tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

PADAN MUKA MAZLAN ALIMAN. MUKA TAK MALU. NAK ROMPAK DAN RAMPAS FELDA. FELDA TU KERAJAAN BN YANG BUAT BONGOK. BUAT DAN CIPTA LA SESUATU YANG BOLEH BAGI HASIL NI TAK KEJA NAK MEROMPAK JE. NAK SANGAT JADI PENGERUSI FELDA HAKKK PTUIHH TAK LAYAK LA MUKA PENYANGAK MACAM KO MAZLAN OIIII
ReplyDelete