SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, February 21, 2013

Waspada Ancaman Arab Spring



Oleh: Biswardi
Sumber: BB

ADA PIHAK yang cuba mengaitkan Arab Spring sebagai sesuatu yang mungkin berlaku dalam perkembangan politik di Malaysia.



Mereka ingin membawa perubahan landskap politk tempatan unutk mencapai matlamat mengabil alih kuasa melalui apa yang dianggap sebagai kebangkitan rakyat terhadap kerajaan yang ada.

Tanda-tanda yang menunjukkan ada strategi menggunakan platform di luar proses pemilihan umum secara demokratik ini termasuklah:




  •  Kritikan dan tomahan yang berterusan ke atas kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mlalui himpunan Bersih
  •  Penganjuran rapat umum dan perarakan secara berterusan yang menguruk kerajaan
  •  Penentangan terhadap projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Lynas di Pahang dan Rapid di Johor atas alasan kesan negetif ke atas alam sekitar tanpa mengambil kira menafaat projek dari segi sosial dan ekonomi
  •  Kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang di media luar negara yang memburuk-burukan dasar kerajaan dan sistem pilihanraya.

Isu-isu seperti ini diketengahkan sebagai justifikasi bahawa Arab Spring perlu dilancarkan di Malaysia.

Namun perlu diingat, kerajaan-kerajaan yang tumbang atau tergugat berikutan gerakan Arab Spring adalah kerajaan diktator yang telah menjadi dispensable bagi kuasa-kuasa barat setelah sekian lama menyumbang kepada dasar luar negara dan ketenteraan Barat.



Arab Spring tidak relevan di Malaysia kerana ia bukan negara pemerintahan kuku besi walaupun ada pihak yang mengatakan ia zalim, kafir, dan sebagainya.

Dakwaan kezaliman kerajaan yang disuarakan, sama ada dalam Parlimen, media massa atau internet hanyalah pandangan peribadi dan berdasarkan kepentingan politik sempit. kebebasan yang dialami oleh rakyat Malaysia adalah nyata kepada seluruh dunia.

Mereka yang cuba mengimport idea Arab Spring sebenarnya ketandusan dan kemuflisan idea. Apatah lagi geraka itu sendiri bukan sesuatu yang timbul dari bumi Arab tetapi sebenarnya diilhamkan oleh Barat, atau lebih tepat gerakan Neocons dan Zionisme antarabangsa yang tahu tentang kelemahan rejim Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yamen dan negara-negara Arab lain.

Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar bebas dari pengaruh mana-mana ideologi atau kuasa besar. Tidak ada dokongan  yang diberi mana-mana pihak. Sebagai sebuah negara berkecuali Malaysia tidak terhutang budi kepada Barat mahupun institusi-institusi tajaan mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan lain-lain.

Malaysia juga tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ketenteraan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya ia mengamalkan dasar terbuka bagi pelaburan lansung, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan keharmonian.

Jika ada pihak cuba mengaitkan Arab Spring sebagai satu gerakan kebangkitan Islam itu juga silap. Di Mesir, puak Islamist mungkin telah memenangi pilihan raya presiden tetapi golongan sekular dan bukan Islam yang disokong oleh Barat menentang langkah-langkah untuk menerap dan memperkasa unsur-unsur Islam dalam pemerintahan.

Di Tunisia, golongan pro-Islam menguasai kerajaan selepas rejim Ben Ali ditumbangkan. Pembunuhan tokoh pembangkang sekular Chokri Belaid baru-baru ini sungguh tidak menyenangkan barat kerana ia merupakan satu tamparan kepada agenda mereka. Mereka mahu golongan sekular dan pro-Barat berkuasa di Tunisia dan bukan golongan pro-Islam yang ada.

Hakikatnya, gerakan Arab Spring yang diilhamkan oleh Barat berhasil untuk memecahkan perpaduan yang ada di dunia Arab.

Seterusnya ia memperkuatkan neara kesayangan mereka iaitu Israel yang selepas ini dijangka akan menunjukkan keganasan dan kezaliman lebih keras ke atas orang Arab amnya dan rakyat Palestin khasnya.

Arab Spring hanyalah alat dalam agenda Barat dan Zionisme untuk melemahkan dunia Arab dan Islam dalam peperangan Crusade moden. Rakyat Malaysia perlu menolaknya, bahkan menganggap ia adalah satu ancaman yang mesti dielakkan untuk megekalkan kestabilan politik dan keharmonian agama dan kaum di negara.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.